Tuesday, November 23, 2010

Khas untuk Dye..

aku tak tahu sejak bila, Dye dah wujud dalam fikiran aku..
aku tak pernah perasan, perasaan ini wujud
dari seorang kawan berubah menjadi seorang yang selalu yg berada dlm fikiran aku..
kadang kala aku buntu dengan perasaan aku ini..
aku macam ada sense pulak ngn Dye ni..
aku macam dapat tahu apa yang akn berlaku pada Dye..
argghh,, xsuka la dapat feeling camni..
dah la ape yg aku dapat rase ni betul plak yg terjadi kt hidup Dye..
tapikn kenape pulak ek aku dapat rase ?
whatever pun kn, Dye yg aku sayang..
tapi pelik tau..
orang kata bila kte suka kt orang tu, kte rase dupdapdupdap bile berdepan..
tapi aku lebih relax bile ngn Dye..
kadang2 aku pun xfaham dengan diri aku ni..

I miss Dye damn much ! ! !...

p/s : aku just minat je kt Dye.. xlebih ! syires,, hehe..

Mencipta kenangan di KPTM

Ya Allah, rase sedih sangat2 sewaktu last kt hostel..
Rase macam nk ulang balik je sem2 yang lepas..
Tapi apekn daya, hidup perlu diteruskan..
Aku rindu kawan2 aku yg biol tu, kt Dye, kat kawan2 sume r senang cte..
Arrgghhh… rindu sangat2 kt korg..
Syires doh, aku akn menyesal gile2 kalo aku tolak tawaran msk KPTM dlu..
Even aku dapat tempat yg lebih baik pun..
Mungkin Allah lebih tahu..
Aku akan lebih bahagia di sana..
So, DIA bukak kn pintu hati aku untuk continue study kt sana..
Thnx sume kerana sudi kawan ngn aku
Ye, aku jd berubah gile bila dapat berjauhan dr family ni..
Yela kn, kne byk buat benda sendiri..
Dah xsangat minta tolong dr ayah,
Kalo tak sikit2 ayah, itu ayah ini ayah..
Hesh, ape la aku ni kn..
Tp sejak aku masuk sane, aku dapat bedikari sendiri
Dapat belajar dengan tenang..
Tanpa gangguan sape2 pun..
Cipta sejarah baru dalam hidup..
Aku sayang sangat2 ngn KPTM..
Even KPTM hanya kolej je pun..

Dan aku sangat2 happy dapat jumpe ngn dorg..
I mean.. kina,deqna,dini,ayu,scha,ct,zafiqah n ogy..
Thnx korg.. aku akn rindu korg sampai bile2..
Semoga persahabatan kte sampai bile2..
Sanggup share segala-galanya..
Susah senang kte bersama ok..
Aku sayang korg sangat2, korg the best la !!


GARANG ! ! !

Tuesday, July 27, 2010

kucing?? aucchhh...

" sya ada kucing nama dia hanjing, sya xtahu la dia tu kucing ke hanjing "

haha.. ayat ni pinjam dr blog lect sy!
di sini saya titipkan gambar2 kucing ye kawan2 semua..
ske tgk gambar tp takut dgn kucing!!
camne tu? fikirlah sendiri..


APE kucing?? xnak!! takut!!

itulah saya..
tak tahu la kenapa, kte takut sangat2 ngn kucing.
walaupun kucing tu jauh, tp kte sanggup ikut jalan yang jauh
bagi elak bertembung dengan kucing!
tapi agak musykil la kan..
kiranya macam pelik bin ajaib gak la..
kucing2 semua suka dekat2 dengan kte tw..
heshhhh.. sabar je la kan..



aritu g makan kt IOI..
mak ai, ada la seekor kucing ni
tengok je la kte makan, tp kte dah gabra gile dah
sampaikan xde selera dah nk makan tw..
kureng punya kucing!! miaw2.. miaw2..



ada la ni cte pasal kucing!!..
g makan kt azura aritu ngn dini,kina n dengdang kina la kn..
ada la seekor kucing hitam ni tbe2 je muncul.
kte dah main rapat2 je ngn dini
buat2 xtau je dengan " kewujudan" itu kucing
tengah syok2 berborak ngn dorg
rupanya2 kucing tu dah selamat duduk disebelah saya!
dengan tidak mempunyai rasa malu, kte jerit je sekuat hati. aarrrrggghhhh!!!
terkejut beruk tw kte!! sengal punye kucing..
malu gile r.. dah r ada budak2 kecik time tu..
mke dah gile punye blushing la kn..
xpayah nk ckp la kn..cis!!! malu sungguh..


rupenya kte dah dapat tw kenapa kte takut sgt2 ngn kucing
sebab dlu time ibu mengandungkan saya
ibu pun takut kucing!! haha..
patut la kn.. hehe
xboleh salahkn saya ye..
ehhe..
HARAP MAKLUM LA YE!


P/S : Kalo ada siape nampak kte lari2 dr kucing,jgn gelak tw!!






Thursday, July 8, 2010

Happy coz someone lurve you !!

kalau kamu nk tahu..fikir2 kan la ye..

* sekurang2ny ade 5 org dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda

* sekurang2ny de 15 org dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara

* sebab utama seseorg membenci anda adalahkerana dia ingin menjadi seperti anda

* senyuman drpd anda boleh membawa kebahagiaan kpd seseorg,walaupun dia tidak menyukai anda

* setiap malam ade seseorg mengingati anda sebelum dia tidur

* anda amat bermakna dalam hidup seseorg

* kalau tidak kerana anda,seseorg itu tidak akan hidup bahagia

* anda seorang yg istimewa dan unik

* seseorg yg anda tidak ketahui menyayangi anda

* apabila anda membuat kesilapan yg sgt besar,ada hikmah disebaliknya

* sekirany anda merasa diri anda dipinggirkan,fikirkan semula,mungkin anda yg meminggirkan mereka

* apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yg diingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya ttp sekirany anda percaya pd diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya

* kenangilah segala pujian yg anda terima,lupakan segala maki hamun,caci maki

* jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. anda akan merasa senang bila seseorg mengetahuiny

sekirany anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahuny yg dialah adalah yg terbaik. hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainy,sehari
untuk teman tetap paling setia. walaupun punya harta yg banyak,teman ttp paling berharga...

aku " REDHA "

salam !
sudah lme aku bertahan, berdiam diri dan mengasingkan diri dr mereka
akhirnya aku sedar
mereka lebih bahagia tanpa aku
mereka lebih bergembira tanpa aku
biarlah aku senang mereka bahagia
biarkan aku sendiri
kami bukan mcm dulu lagi
terlampau banyak kenangan aku dengan mereka
tapi mereka??
bersungguh2 melupakan aku
aku jugak akan beransur2 untuk melupakan mereka
kerana aku akan bersama orang baru
biarpun orang itu tidak setanding dgn mereka
aku rela bergembira dengan orang baru

" Ya Allah, izinkan persahabatan yg baru aku jalinkan bersama kekal selamanya"
Amin!!

tapi ingatlah, walaupun mereka tidak perlukan aku lagi
aku tetap aku mendoakan kebahagian mereka bersama
mereka sentiase dihatiku
tidak pernah sedetik,seminit, walaupun sesaat
mereka pudar di ingatan
aku sayang mereka selamanya !!

Thursday, July 1, 2010

sakitnye bila jatuh ???..


betapa sakitnye bila jatuh cinta,, lebih baik jatuh tangga ke jatuh basikal ke dr jatuh cinta,, kerana cinta ramai yg kecundang,, tp ada ape dgn cinta itu,, apa itu cinta,, sampaikan ramai sgt yg terhanyut kerana cinta,, kte masih xmengerti knape senang sgt memberikan cinta pada org yg xsepatutnye,, dah bjuta ke cinta kt Allah,, dah beribu ke cinta kt rasul,, dah bratus ke cinta kt ibu bapa,, kalo blom knape msh ingin memberi cinta kt org yg xsepatutnye,, bkn ke suami yg patut dapatkan cinta 1st class dr kte?,, tp kte faham fitrah manusia. inginkan cinta,, tp jgnlah smpai melakukan perkara yg xspatutnya yg dilarang oleh agama Allah ini,, Wahai kawan2ku, insaflah kamu,, jgn lagi melakukan perkara2 yg terkutuk itu,, ank yg tidak berdosa yg menjadi mangsa!!.. aku benci org yg buang anak!!!.. aku benci!! kucing sendiri pun sayang anaknye,, inikan manusia yg mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir yg baik dan buruk sesuatu perkara..

Monday, June 21, 2010

Ayahku Heroku




disaat kebimbangan hadir
Persimpangan wujud
Kegoncangan emosi timbul
Kegigihan ku mulai memudar
Ketabahan ku menipis
Kepercayaan ku dikhianati
Engkau hadir dalam putih hatiku


Kata-katamu lembut menyentuh nuraniku
Parasmu terlintas dalam sejuk fikiranku
Kagumku padamu mengingatkanku
Bahawa "jangan berhenti di sini nak!"
Jalan masih panjang, perjuangan masih belum dimulai

Tidakkah kau ingin nak untuk mencuba
Menggapai sejuta mimpimu
Selagi kesempatan masih ada
Dan kau pun kuat untuk menghadapinya
"Tidakkah engkau ingin untuk mencuba anakku?"
Itu katamu padaku

Dorongan dan motivasimu
Membuatku boleh bertahan dengan segala yang ada
Doamu membuatku selalu kuat menghadapinya
Usahamu
Membuatku berfikir bahawa aku boleh dan mampu untuk melakukannya
Kata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupanku.
ayah,aku sayang padamu!

Monday, June 7, 2010

A friend who cares ..


Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.

When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.

Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.

When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.

When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.

You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.


surat cinta dari hatiku hanya untukmu ,,,

Surat ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah dan RasulNya di atas segalanya, kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah.

Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya.

Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, padahal Allah tidak pernah menanyakan hasil. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses.

Surat ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah akan mengampuni dosa-dosanya.

Surat ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat-sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah?
Surat ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketakwaan.

Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan. Surat ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma Allah disebut, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan, dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain.

Akhirnya surat ini kutujukan untuk jiwa yang masih memiliki cahaya meskipun sedikit, jangan biarkan cahaya itu padam. Maka terus kumpulkan cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya

"Ya..Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu "


Wallahualam bisshawab Semoga dapat membangkitkan iman yang sedang mati atau jalan di tempat, berdiam diri tanpa ada sesuatu amalanpun yang dapat dikerjakan. Kembalikan semangat itu sahabat- sahabat tercintaku.. ... Ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu menemani di kala hati "lelah".

Tuesday, June 1, 2010

penipupenipupenipupenipupenipupenipu

dia mmg penipu!
xske la org tipu
ni la padahnya terlampau baik sgt n percaya ngn org
kn org da pijak kepala

arrggghhhhh...kte xkira
walau ape pun jd kte ttp no1
kte akn tunjukkan kt ko
kte lebih hebat dr kamu.
jaga la ko sem dpn.
aku kn lebih menyerlah dr ko.
bwt pe dpt mrkh tinggi2 tp tipu.
xberkat la wey!

xnk caye kt org lg even kwn pun!!!!!!
benci! benci! benci!

result oh result

sebelum tu kte bg salam dlu ye..
Assalamuailaikum..hehe!
td dpt msj dr kawan klas,lia.
" atip result da kuar.."
mak ai kejutnye dada,jantung,limpa n sume la..
mind berkata " result da kuar??
hah!!! tidak xnk tgk tkt!
tp tgn neh gatal sgt nk g gk web kptm
so dgn redha tgk cms.
dupdapdupdap!!!
alhamdulilah,, result maintain!
itu je yg mampu kte usahakn..
berkat itu je yg kte blaja, itu jugak la yg kte usaha.
sem dpn wt yg terbaik lg.
amin!!
xnk enjoy sgt da.
nk bwt btl2..
nk dekan lg!!
hehehe

Tuesday, April 27, 2010

tadi ada test taxation.
alhamdulilah xtersempak pun ngn dia.
haha. Allah masih lindung kte dr jumpa dia.
Amin!

now,time tu start our study
chaiyok ! chaiyok !
sayang u can do it
perform as well in ur final examination

3 pointer !
3 pointer !
3 pointer !
Amin.. !


ACCOUNT ! TAXATION ! EC! ENGLISH ! ENTERPRENUER ! LAW !
Hehehe..

good luck to all my friend.

Friday, April 23, 2010

Lumrah Kehidupan Atip..

mcm xde topik ape yg nk dtuliskan
tp demi kerana persahabatan, pengorbanan & penyeksaan
kte update blog kte neh.

Topik : Persahabatan

apa erti persahabatan dlm diri anda?
bg kte persahabatan adalah sesuatu ukhwah yg terjalin tanpa ada sbb yg tertentu n tanpa diduga oleh stiap org kot.
tp mungkin kte silap
org berkawan mungkin bersebab
kerana kawan awk, kwn kte gk (selalunya cmni kn)
kerana kawan,kte dpt ilmu
kerana kawan ajar kte jd baik
kerana kawan ajar kte kuat
kerana kwn ajr kte jd sedih
kerana kwn ajr kte dlm hati ada taman (siap ada air terjun bak kata intan syg!)
kerana kwn ajr kte jd jahat
kerana kwn ajr kte jd alim
kerana kwn ajar kte jadi seorg yg pendendam
kerana kawan jugak la yg ajar kte jd cmne.
so korg sume xleh slhkn, kte nape kte jd cmne.
ye kte mgaku, fikiran kte xmatang
tp korg matang sgt ker?
ok2,fine! kte xnk lagi gado ngn spe2 pun
past is past
life must be go on
so yg penting kte hepykn diri sendiri sudah
biar apa org nk ckp
biar ape org nk ungkit
inilah diri kte

Nur Awatif bt Hasran

Topik : Pengorbanan

kalau cakap je pasal pengorbanan mesti korg terfikir
apa pengorbanan yg telah korg buat selama ini kn.
demi persahabatan, kte rela berkorban
demi membalas jasa ibu n ayah, kte rela berjauhan dr keluarga
demi dye, kte sanggup melepaskan dia pergi
demi sape2 je la kte sanggup mengundurkan diri.

kerana persahabatan yg sekian lama terjalin
kte sanggup berkorban demi kebahagian mereka
kte sanggup biarkan dia berbahagia tnpa kte disampingnya
tp tahukah dia yg kte terseksa
tahukah dia kte merana
tahukah dia kte rindu kt dia
arghhh..
kalo difikir2kn kte nk ulang sgt2 memori kte bersama
tp kte xsanggup dia xselesa xhappy adanya kte disisinya
biarlah kte disini memerhati gelagat mereka, ketawa mereka
walaupun kte tiada disisinya lg
kte tetap rase gembira
alhamdulilah, hati kte senang mereka gembira
tp kte msh dianggap jahat lg ker??
hm..korg pk la sendiri k.

ibu dan ayah kerana mereka kte ada kt sini
kerana mereka jugak la kte berkejar2 untuk berjaya
kerana kte sudah berjanji dgn ayah,
even apa pun yg berlaku, kte tetap bg ayah 3 n above
alhamdulilah sampai sekarang kte masih dapat kotakan janji kte kt ayah
kte syg ayh n ibu, doakan ape yg kte nk berjaya digenggam! amin.

kerana dye jugak, kte sanggup berkorban
biarlah dia dgn hidup dye
bak kata perpatah melayu
kalau jodoh tak kemana.
so, kalo kte berada kt mane pun kalo jodoh kte ngn dye
ada punya la..xpyh risau ni janji Allah.
n sape2 pun yg kte rase kte patut berkorban
kte akan berkorban jugak!..hehe

Topik : Penyeksaan

mcm2 jenis penyeksaankan, kte dah alaminya
xpyh la cte nnti terasa plak kang
kte nk jernihkan keadaan, tp dia xleh terima
yela, ktekan JAHAT ske tuduh org melulu
ramai plak org xske kte kn
Alhamdulilah. kte terima dgn hati terbuka
cz itu mmg diri kte
xnk cte kang kte nangis plak,,hehe..




AWATIF JAHAT ! ATIF JAHAT ! ATIP JAHAT !
NUR AWATIF BT HASRAN JAHAT !
YE KTE MMG JAHAT !
SUMUA ORG KTA KTE JAHAT !
SEMUA ORG CKP KTE JAHAT !
SAYA JAHAT !
SAYA JAHAT !
ATIP JAHAT !

TP SIAPA TAHU KEJAHATAN SY SILALAH CKP YE
XPYH NK SIMPAN2
TLG2 PERLUKAN BANTUAN
HUHU

Friday, April 16, 2010

gadisku. wanitaku. perempuanku. hawaku.

this question for the guys : -

which type of gurl did u take as ur wife for the future ??
left or right??

kte selalu pk, nape laki kalo nk kapel pilih pmpn yg tidak mendatangkan kebaikan dlm bercintan cintun dlm perhubungan mereka ek. tp kalo pilih teman hidup bkn main lg nk yg bertudung litup la plak kn.. mmg la xde sape yg nk perempuan yg dah 'dtebok tupai' kn.. tp salah spe? perempuan slhkn laki.. yg laki plak salahkn perempuankn. Btl x?? Tp kn lg baik kte pilih perempuan (kte xla mksdkn perempuan yg xpakai tudung tu xbaik k) yg mendatangkn kesenangan dlm diri kamu. wahai adm! kamu asyk nk enjoy je ngn kaum kte. korg kne ingt korg ada tanggungjwb yg besar tw. xkn itupun kte kne ingtkn gk kot. hm..

Perbualan seorg pkck n auntie dlm train td

sy tgkkn dkt kl, ramai wo bdk perempuan melayu tidak tutup aurat. pakai seluar pun byk pendek, itu baju xpyh ckp la. lu pernah tgk ke?

pkck tu menjwb.. biasela bdk melayu zaman skrg neh pyh nk dpt mcm perempuan dlu2. skrg da kuar mlm ikt laki. dlu mane bleh ma..

sy tahu. dlu sy byk ske tgk perempuan melayu tw. pakai bju kurung. lawa sgt. sy pun kdg tertarik tw dgn mereka.

pkck.. tu dlu la auntie, tp skrg nk tgk bdk perempuan pakai bju kurung mmg susah, tudung ape tah lg..

smpai sini je kte dgr perbualan dorg, pastu dorg cte ape tah dah xdgr da. hah, cbe korg tgk. perempuan skrg neh msh boleh dipanggil perempuan ker? kte sedih sgt2. kwn2 kte pun da byk berubah. itu cara hidup dorg mgkn tp slh kot cara cmtu. kte bkn la ckp kte neh alim sgt2 tp xelok la pmpn cmtu. kalo korg da sng2 bg tgk kt bf or kt laki lain free of charge je bdn korg tu, ape yg korg jage untuk hsband korg nnti?? dia dapat secondhand je tw.. ksian dia. dah la dia dapat hati secondhand korg cz yg ori punya korg da bg kt bf korg.

cbe la korg pk. btl ke x cara hidup korg sekarang neh. sebelum terlambat lebih baik korg berubah. slow2 k wahai kaum hawaku yg disayangi.. kte skadar menasihati je. ske ati korg la nk terima ke x.

Salam !

Wednesday, April 14, 2010

KAU MEMANG PENIPU BESAR ! !

nukilan ini khas untuk " sesiapa je la yg terasa " ..

kau jgn ingt aku neh lemah, kau bleh bwt aku sesuka hati ko tw.. aku ada perasaan n daya firasat aku tersendiri gk tw. cbe la ko pk, ko xsakit hati ke ble org yg ko pcaya tipu ko. grenti ko pun sakit hati gk kn. mcm tu gk aku tw.. lain la kalo ko neh di hidupkan tnpa perasaan tw. tp aku rase ko mmg xde perasaan pun sbb tu ko snggup bwt cm neh kt aku n deqna kn.. eyh, kalo ko nk tutup kn psiko ko dgn buat baik kt aku baik xpyh la.. lg bertambah2 mluat n benci aku kt ko tw !. da mulai hari ni n selama2nya mungkin, ko jgn contact aku lg, jgn cr aku lg, jgn cll kwn2 aku smata2 nk tnya pasal benda2 yg xpenting. faHam!. mula2 aku byk bsbr je tw ngn ko, tp ko neh dah mlebih. blah la ko wey. ko kta ko xde pape kaitan pun ngn dorg, tp ko sbnrnya spy dorg kn. da benci gle2 ngn ko da. thnx la sbb byk tlg aku n deqna mse ktrg susah dlu. aku appreciate sgt2. ko sdiri mgaku, ko xkn sng2 nk terima org kalo org tu bkn kwn rapat ko. tp for what dgn sume neh hah? ko neh mmg penipu besar la.. sedih gle ble aku dpt tw ko sbnrnya cmni kn..
ape slh aku kt ko hah sengal?? dah la aku anggap ko kwn rpt aku, tp ni yg aku dapat. aku tw ko bwt sume neh dgn 1 sbb kn.. aku pun xpyh la ckp ape sbbnya sbb ko sendiri dah tw ape jwpn dia kn. ko pk la sendiri knpe aku ckp sume neh kt ko k.. aku da xthn nk thn perangai ko neh lg. biarlah sekalipun ko benci aku,aku redha. aku dah xleh langsung terima ko lg.. aku ngn deqna dah janji ktrg xkn pernah lg suh ko pape walaupun keadaan terdesak time tu cz aku xnk lg pernah knl org yg enth pape cm ko neh.. kalo ko terasa, aku hrp ko fhm la ye ape sbbnya aku xnk lg "kawan" dgn ko.. bkn sbb org lain k.. sbb ko sendiri. aku nshtkan ko ckp2 la psiko org tu.. ape yg ko dpt?? bwt byk dosa je tw.. dah la aku mls da nk ckp lg.. mkn btmbh skt hati aku ni kt ko.

chow!

Sunday, March 28, 2010

Ya allah, siapa dia yg sbenarnya ? ?

mesti korg tertanyakn ape yg kte mksdkn?
tp kte da mgalaminya
roomate kte pun da mgalaminya
kwn2 dia pun da mgalaminya
dia mmg manusia yg pelik
dia mcm ada sindrom mental la
tp kte xnk pcaya sgt hal ni
kte kne siasat dlu
tp kte takut sebenarnya
ape yg dia nk dr kte hah?
dia baik sgt2 depan kte
tp belakang kte dia jd diri dia yg sebenarnya
dia nk sgalanya2 yg Allah bg kt kte
mane boleh itu hak kte
kte da xfhm dia
kte takut ngn dia
dia ada mental !!
huhu

Ya Allah,kuatkanlah hambaMu dr segala dugaan yg dtg n pergi ini. terlampau byk dugaan KAU berikan padaku Ya Allah.

ble cye ke harga jeans smpai rm1000 lbh? for wht bli jeans smpai cmtu..
impossible la.. xcye langsung!
paling mahal pun rm299 la wey..
huh,penipu je keja. HIPOKRIT !

SIAPA DIA YA ALLAH, KALO DIA BTL2 NORMAL KAU TUNJUKKN SIAPA DIRINYA KEPADAKU. AMIN !

Thursday, March 25, 2010

P E N A T !

hm..pnt nye jge ati org neh kn..
time dia hepi xingt kt kte langsung
kalo dia tgh susah pandai plak mnx tlg kte
npe xmnx tlg kwn2 'hepi' tu..
hesh!
mentang2 la kte ni lembut n xreti nk marah org
korg amek kesempatan kt kte ye..
org tipu la..
gne time susah je
ingt kte ni ape hah?
patung?
kte pun ada hati n perasaan tw..

korg xpenah rase ape yg kte rasa
kte xreti nk marah org
xreti nk pk buruk2 pasal org
semua org baik je kt mata kte
tp rupanya bru kte sedar
korg perlukan kte time susah je ye..
fine! kte terima je..
mybe ni semua da tersurat kot..

tp cmne nk jd kuat??
ala..sedih la cmne..huhu
xske2!!
hm..huhu..

Tuesday, March 16, 2010

happy bufday syg ! ! !

ibu !
slmt hri lahir yg ke-20. smoga brubahlah jd matang!.. dan cpt2lah dptkan ibu n ayh menantu. hehe

illa !
slamat hari lahir yg ke 20 thn. smoga pnjg umo n dmurahkan rezeki allah.

yaya !
uit. selamat hari lahir. aku doakan ko murah rezeki dunia n akhirat. kalo ko pnjg umur, aku pun kena panjang umur. kalau ko mati esk, aku pun mati esk. smpai ble2 aku xkn tinggalkan ko k syg! insyaalah! amin2. ceria2 slalu.. allah ada temankan kte 24jam hidup ataupun mati. syg ko kerana DIA! ^-^

akak!
tip!!!! happy birthdayyy! semoga panjang umor and dmurahkan rezeki ehh.. hehe..


deqna !
appie bufday
=> smga pnjg umor
=> suxces dlm kolej
=> dpt result lg gempak2
=> da tua da.. ha4
=> take care

yan !
epy bizday my friend. muuuuaaaahhhhhh!!

kina !
atippp!!happy birthday!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! mwahhhh.. i love uu..

intan !
Happy Birthday To Budak Yang Paling Cute...ATIP!!!!!!... Ak doakan smoga ko pnjang umo n mrh rezeki...Sayang Atip ketat2...muahmuah...

yana !
epy besday to u.. epy besday to atip.. epy besday to u. smoge pnjg umo n dmurahkan rezeki.. rindunya!!

bella !
atip,,happy birthday..dah bsar pn die..stay cute like me..weee~

zahid !
tut tut tut tut
atip!! hepi bufday. da tdo ye.. sory gngu.

adi !
epy bufday tok ko! da tue da ko eak. cian2. HAHA. nyway aku hope ko d mrah an rzeki n pnjg umo k.. ;)

wan yin ! eqa ! cikgu rohaya ! kak zana !
Happy Birthday~ ^^

aishah angsar !
eppy bzday... :) smga brbahagia selalu... ;->

kak atin !
salam.. hpy bsday n smoga panjang umur.. ceria2 selalu ek. take care.. miz u n lurve u!..

naz !
atip! hepi bezday.. smoge panjang umo dmurahkan rezeki.. n success 4 ur stdy..

jum !
hepi bufday atip.. smoga panjang umur d dmurahkan rezeki k. mu da msk 20an da bley khawin da pun..

nisa !
aaatipppp!!! hapy bezday yg ke 20.. da msk 20 an.. dah tua da.. hakhakhak!

lyana !
epi bufday to u.. friend 4ever.

faqhrul !
yo! wassup! hr ni bday ko ker? aku main agk jer r. kalo btl r bday ko, aku nk ucpkan ' slmt hari lahir ' r untuk ko. smoge panjang umo n murah rezeki.. zzz

jenol !
atip.. happy 20th birthday.. may all your wishes come true and all da yearz ahead full happiness n success!! =>

aisyah azman !
epy beday atip.. da tua da! hehe

zati !
umm muack! happy bday to u..

tasnim !
hepy besday.. da tue da tw.. mmmuuaahh!

ajoy !
atipp!! epy besday.. hehe da tua da budak ni.. haha semoga pnjg umo & murah rezeki n dharapkan sht selalu..

bobo !
epy bday to u. epy bday to u. epy bday to u..

abg am !
epy bufday.. smoga pnjg umo n dmurahkan rezeki

yap vler !
happy birthday.. hve a nice day..

saril !
appy birthday! smoga panjang umo n dmurahkan rezeki sekali..hehe

balqis !
happy birthday.. sudah tua kamu..

yong siang !
happy birthday ya!

amalina !
salam.. slmt hari lahir moga sentiasa dlm rahmat n dlindungannya. moga trs berjaya didunia n di akhirat..amin =) da besor da ko skrg.. weee~




Monday, March 15, 2010

Jika aku mati esk ! !

Mungkin hanya Tuhan

Yang tahu segalanya

Apa yang kuinginkan

Di saat-saat ini

Kau takkan percaya

Kau selalu di hati

Haruskah ku menangis

untuk mengatakan yang sesungguhnya

Kaulah segalanya untukku

Kaulah curahan hati ini

Tak mungkin ku melupakanmu

Tiada lagi yang kuharap

Hanya kau seorang

Lagu ni khas buat SITI NADIA BT HASNAN.. kaulah segalanya untukku. selain ibu, ayah n adik2 aku. ko org 2nd yg aku syg.. ko ptt bsyukur tw cz aku pyh nk syg2 org neh..hehe.. gurau aje.. yaya, kalo aku xpanjang umo.. ko jgn sedih k. ko jgn skali2 mgeluarkan airmata ko untuk aku,aku xske ko sedih.. kalo bce quran or yassin ingt aku kt alam yg lain tu ye nnti. entah la ek,aku mcm rase umor aku xpanjang je. mungkin lebih byk cabaran setelah umor aku 20thn esk.. ingt mati ni bgskan leh sedarkan kte.. ni amanat aku kt ko, kalo aku xksampaian nk tunaikan hajat aku.. ko tlg ye.. aku dah kumpul sket2 dlm bank. ko je yg tw hajat aku. ni rahsia kte dua tw.. INGAT!.. sampai mase nnti baru aku akn bgtw ibu n ayh sendiri.. mungkin time tu aku da nazak kot. hm..

message for u : -
arini kte jalan skali, bestkan jalan sambil bergurau. tapi lg best bila ko bg hadiah tu, tu la hadiah paling yg xbleh aku lupa. senyuman manis ko n mke comel ko! esk2 ble aku xbleh jalan, aku nk ko iringi aku, masa ni aku dah xbleh nk panggil ko lg mcm selalu.. ko yg kne dtg. masa ni gk aku nk hadiah lg, tp aku dah xnk senyuman n mke comel ko tu. tp aku nk Al-Fatihah, ko bcekan untuk aku ek.. sbb aku dah xbleh bce sendiri. pastu ble ada org letak aku bwh papan, ko jgn nangis @ cari aku tw sbb aku dah xbleh tego ko mcm selalu.. promise me k!! aku syg ko sgt, ko kmbr aku dunia akhirat!! xde spe yg leh gnti tempat ko kt hati aku..