Wednesday, December 14, 2011

Berbicara Tentang Solat

Khusyukkah solat kita, jikalau kita tidak memahamikan apa yang kita baca. Di sini, kte ingin berkongsi dengan sesiapa sahaja. Andaikata tersinggah di blog kte ni. jom ramai2 kita hayati makna-makna di sebalik pergerakan solat kita dan makna di setiap bacaan solat kita

cekidauuutttt



Rahsia Pergerakkan Solat Kita



Niat Sembahyang : 
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.



Berdiri Betul : 
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.


Takbir-ratul Ihram : 
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.


Fatihah : 
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.


Ruqu' : 
Sebagai tikar kita di dalam kubur.


I'tidal : 
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.


Sujud : 
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.


Duduk antara 2 Sujud : 
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur


Duduk antara 2 Sujud (akhir) : 
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.


Tahhiyat Akhir : 
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.




Selawat Nabi : 
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.


Salam : 
Memelihara kita di dalam kubur.

 
Tertib : 
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak
 sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. (Itulah sebab mengapa mereka mencipta
 cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di

 kalangan kamu yang perasan!!!)" 


Makna Bacaan Solat



Allahu Akbar
Allah Maha Besar

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan Ketika Rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.

Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.

Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.




"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup keNerakamu... .kami lah hamba yang mengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia





Sunday, December 4, 2011

Tinta Adam







Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan
Bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu
Pada akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
Sehinggalah pada zaman cucu cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku
Tapi, aku risau gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sadah tahu bahawa aku
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara itu.

Adam,
Aku tahu bahawa di dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam reda Tuhan kita
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di Bandar-bandar bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti
Ditutupi dari hujung kaki hingga hujung rambut
Tapi, realitinya kini Hawa telah lebih dari sepatutnya
Adam, mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang pada waktu yang sama
Aku ke muka menguruskan hal Negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk saja
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan Negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung?
Kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar
Adam kau selalu berkata
Hawa memang degil, tak mahu ikut kata
Tidak mudah makan nasihat, kepala batu
Pada hermatku yang daif ini

Adam,
Seharusnya kau Tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku
Sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhamad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu Sembilan, nafsumu Satu
Aku, akalku satu nafsuku beribu
Dari itu Adam, pinpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
Bimbinglah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
Muahidah kekasih Allah

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada tuhanmu yang engkau agungkan itu



Kekasihmu, HAWA

Thursday, October 27, 2011

persahabatan itu indah

Tibe-tibe rase rindu pada kawan-kawan di Bangi dulu.
Mari kite kongsi cerita tentang mereka
Supaya rase rindu ini hilang
Kite mulakan mengikut urutan bulan la ye 
Senang sikit nk susun :)


Firstly, ni la Kina Kinot
Kite start kenal dia mase sem2, biaselah satu kelas
Tapi sebenarnye sem1 dah pernah nampak dia, tp tak berani nk tegur sbb dia selalu dgn payung kuning dia tu ke hulu ke hilir
Kina seorang yg amat2 kecoh, serious kalau lepak dgn dia akan gelak je memanjang
"aku dh jemu la tip,tgk muka ko je" ni la ayat yg setiap sem ktrg akn cakap.
dr sem2 smpai la last sem,kite ngn kina 1 class.
ape2pun kina, try your best at MMU


secondly, ni la Deqna GAGA
Panggil deqna je cukup, ni la ayat yg mengenalkan kami berdua hingga ke hari ini. 
Mule2 jumpe deqna ni mase sem1, tp kami tak berapa nk kamcing
sebab deqna ni GAGA tp kite NASYID
Agak pelikkn kombinasi ktrg, tp dengan izin Allah kami sering berkongsi cerita
sehingga la terjadinye suatu peristiwa yg amat pedih kami alami
tetapi bersyukur dgn peristiwa tersebut, kite dan deqna jd rapat gle2
kongsi masalah sama2,study sama2 dan tak lama lg nk g uni pun sama tmpt.
panjang betulkan deqna jodoh kite.
tapi paling tak suke dengar deqna ckp
" takpe la ikut atip je la " huh


Thirdly, CT, bukan ct nur haliza, tp ct salihah
kenal ct ni dr member sebenarnya, tah macam mane lebih rapat ngn ct dr member tu
ajaib sungguh Allah merancang,mungkin ade hikmah disebalik kejadian yg berlaku
ct ni ala2 keibuan sikit, ni tak boleh tu tak boleh
banyak sungguh patang larang ct
kite selalu kne marah sebab suka gelak kuat2 dulu
maaf ye ibu, kite janji tak buat lg.


forth is Dini. Kite benci sbb dini dh kurus. benci ! benci !
dini kata ktrg 1 group mase orientation tp serious kite tak ingat langsung
tapi Allah temukan kami sekali lg sewaktu sem3
akhirnya kami rapat hingga la sekarang dan bakal study di tempat yg sama, insyaallah
dini ni tauke ayam percik,ayam percik dini sedap woo


fifth ayu. eyh2 ni nia ramadhani kn? korg ni tgk la betul2 ni kn dian wahyuni
ayu ni pulak tauke tudung, ckp je nk tudung cmne ayu mesti ade punye
ayu ni sebijik cm kite, kalau dah gelak dah tak ingat orang sekeliling dah
ayu sangat2 yg suka study,kerana dialah kite balik bilik terus bukak buku
jeles gle tgk dia study tiap2 malam pulak tu


lastly, ni la scha hashim
scha ni kalau gambar ni la style yg dia suke bwt ataupun rocking dia tu
tak abis2 minah ni.
scha ni agak manja sikit, tp ct je la yg larat layan si scha ni
dia suka karok2 nk jd misha katanye
scha ni agak becok, mulut dia tak reti nk stop
potpetpotpet time masa
tapi kadang2 agak "OTW" jugak.



sekarang turn kite pulak
kite bukan nk cakap pasal diri kite,sebab kite dh tau dh pasal diri kite
korg pun dah tau kite cmne kn
cuma kita nk pesan kt kawan2 kite
kite semua jangan pernah merosakkan persahabatan kita
kita kawan dunia akhirat
sebab korg la kawan2 yg paling kite sayang
kite marah bile org cakap buruk2 pasal korg sebab kite kn "GARANG !"

kite bertemu kerana-NYA. 
maka jagalah persahabatan itu hingga ke akhirnya,Insya'allah

Monday, July 25, 2011

hari-hari terakhir

Perempuan turki itu cantik. Kulitnya bersih, bersama abayanya yang putih, dia kelihatan seperti bidadari. Lenggok sopan, bersama pakaian labuh menutup aurat menambah lagi aura kewanitaannya.

Aku sebenarnya sedang berbaring-baring di dalam Masjidil Haram, dalam keadaan mengiring ke kanan, menghadap Kaabah. Sebab itu boleh ternampak perempuan turki tadi. Tidak pula aku ekorinya dengan pandanganku. Cukup sekadar dia melintas di hadapanku. Secantik mana pun perempuan-perempuan yang ada di sini, tidak sekalipun menyentuh hatiku.

Bukan sekadar di sini, seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi…

Suasana terus menjadi gelap secara tiba-tiba, sebelum kata hatiku dapat menghabiskan bicaranya. Bukan kerana aku tiba-tiba buta, bukan juga kerana tempat ini tiba-tiba terputus kuasa, tetapi mataku ditutup satu telapak tangan. Hangat, lembut, harum.

“ Abang tengok apa tu? Tak baik tengok perempuan lama-lama”

Satu suara mulus kedengaran.

Aku tersenyum. Terus aku memegang tangan lembut itu dengan sebelah tanganku. Tarik. Cahaya kembali mencium mataku.

“ Mana, ternampak sahaja. Perempuan turki tu lawa” Aku berbicara selamba.

“ Ya la, kita tak lawa” Ayat merajuk.

Aku terus memusingkan tubuhku, mengiring pula ke kiri. Seorang perempuan, bertelekung putih bersih, bersama wajah yang lembut bercahaya, dengan mata hitam bundar, sedang memuncungkan bibirnya memandang aku. Aku ketawa.

“ Tak baik muncung-muncung, nanti dapat anak gigi jongang baru tahu”

Muncungan mulut itu terus berubah menjadi senyuman manis, perempuan itu ketawa geli hati. Hati aku secara spontan menjadi lapang dengan senyuman dan tawa kecilnya.

“ Ada-ada aja abang ni” Dia menutup mulutnya.

Aku tersenyum.

“ Seindah mana pun perempuan-perempuan di dunia ini, secantik mana pun mereka, menarik perhatian tahap mana pun, masih belum dapat menandingi Sayang” Aku melengkapkan suara hatiku yanng terhenti tadi. Tapi kali ini dengan bicara, menghadap perempuan yang paling aku cinta di dalam hidup ini. Satu-satunya perempuan dalam hidup yang kupanggil ‘sayang’.

Perempuan itu senyap. Pipinya tiba-tiba merah. “ Betul ke?”

Aku mengangguk. “ Kalau tak percaya, belah la dada, ambil lah hati”

“ Mati la abang nanti” Perempuan itu menolak bahuku. “ Cinta dan sayang bukan boleh nampak”

Aku ketawa kecil. Seronok bercanda-canda dengan isteri tercinta.

“ Tapi, kalau abang hajat kepada perempuan lain, saya boleh carikan. Saya pun dah tak…”

Kata-katanya terhenti, bibirnya disentuh oleh jari telunjukku.

“ Kan dah janji tak mahu sebut fasal tu?”

Dia menundukkan wajah.

“ Maafkan sya”

Dari berbaring, aku duduk bersila. Lututku bertemu lututnya. Dia nampak sedih. Dan aku tahu dia memang sedih. Al-Quran di pangkuan perempuan itu kuambil dan kuletakkan di rak sebelah kami. Kemudian kupegang tangannya.

“ Sayang, abang ada satu sahaja. Kalau hilang yang ini, abang tak akan cari ganti yang lain” Kudekatkan tangan itu ke dahiku. Cinta yang teramat sangat.

Aku dapat rasa tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menahan tangis.

“ Mari balik hotel, jom” Aku mengajak. Mungkin di sana boleh menenangkannya.

Dia menggeleng. “ Sya nak habiskan masa di sini.”

Aku menghela nafas. Aku juga sebenarnya hendak terus di sini. Tiada yang lebih tenang dari tempat ini. Aku menyandarkan tubuhku pada tiang, duduk di sebelah isteriku, sama-sama memandang Kaabah.

Ya ALLAH…

****

Namanya Darwisyah Hanim. Dia adalah isteriku, satu-satunya perempuan bukan mahram yang aku cinta. Dari sekolah menengah, memang aku sudah menyimpan rasa. Tidak sangka ALLAH memberikan aku peluang untuk memperisterikannya.

Seorang perempuan yang sederhana. Bukanlah seorang mujahidah segigih Zainab Al-Ghazali, bukan juga seorang yang sesabar Fatma isteri Hassan Al-Banna, tidak pula sefaqih Aisyah isteri Rasulullah SAW, bukan juga beribadah hebat seperti Rabiatul Adawiyah.

Tetapi dia adalah yang teristimewa di dalam hatiku. Perempuan terbaik untuk aku. Solehah, berperibadi mulia dan lembut orangnya. Suka tengok drama Jepun, dan suka baca novel thriller. Suka dengar nasyid. Amat minat membaca Al-Quran selepas solat subuh. Walaupun keturunan orang kenamaan, tapi dia tetap bersederhana dan merendah diri.

Kami baru tiga bulan mendirikan rumah tangga. Bagi orang lain, mungkin mereka menganggap aku sekarang sedang asyik memadu asmara dengan isteriku kerana baru sahaja bersatu. Memang biasanya untuk manusia, awal perkahwinan adalah indah-indah. Untuk aku, awalnya juga begitu. Sehingga kini juga begitu sebenarnya.

Tetapi, ALLAH telah menguji aku dan sya.

Bulan lepas, Sya tiba-tiba jatuh sakit. Awalnya, kufikirkan dia demam. Jadi, aku sekadar memberikannya ubat demam yang sememangnya tersedia di rumah. Namun, demamnya tidak kebah, malah tubuhnya semakin panas selepas dua atau tiga hari. Aku kerisauan, lantas membawanya ke hospital.

Awalnya, doktor menyatakan hanya demam biasa. Dan kebetulan selepas itu Sya kembali sihat. Aku pun lega. Tetapi, selepas itu, Sya mula hilang selera makan, dan berat badannya menurun, dia pula sering mengadu lemah-lemah badan. Kadangkala dia jatuh demam lagi.

Selepas seminggu melihat keadaan Sya semakin kronik, aku membawanya semula ke hospital dan meminta doktor membuat diagnosis secara terperinci. Hasilnya amat mengejutkan aku dan Sya.

Sya dinyatakan menghidap penyakit kanser hati dan sudah hampir sampai ke tahap yang tidak dapat diselamatkan. Ketika itu, aku dan Sya terus meminta doktor untuk membuat pembedahan bagi membuang kanser yang ada, namun apabila pembedahan itu berakhir dengan kegagalan.

Doktor menyatakan bahawa, selepas pembedahan itu, Sya hanya ada sekitar sebulan lebih untuk hidup.

Aku hampir terjelepuk jatuh mendengar kata-kata doktor.

Aku cuba menyembunyikan hal yang sebenar daripada Sya, namun Sya bukanlah seorang yang dapat kusembunyikan rasa hatiku kepadanya. Dia dapat menjangka ada sesuatu yang besar, yang kusembunyikan daripadanya. Akhirnya, aku menceritakan juga kepadanya.

“ Memang takdir begini ya?” Dia bertanya seorang diri ketika itu.

ALLAH sahaja yang tahu betapa tercalarnya hatiku melihat wajahnya yang muram. Lebih menyayat hati, Sya tidak henti-henti meminta maaf daripadaku. Dia rasa bersalah kerana aku berkahwin dengan orang yang hampir mati. Dia rasa, dia telah menghancurkan kehidupanku.

Ya ALLAH…

Ujian ini agak berat.

****

Sudah masuk pusingan kelima. Tawafku bergerak lancar, walaupun ada waktunya pergerakanku diperlahankan dengan jemaah yang bertawaf secara berkumpulan. Namun selain isteriku yang bertawaf sambil memegang tanganku, aku tidak menghiraukan sesiapa.

Kalau di dalam mazhab Imam Asy-Syafie, menyentuh perempuan, walaupun isteri sendiri adalah membatalkan wudhu’. Tetapi, pendapat fuqaha’ yang lain seperti Imam Malik menyatakan bahawa, menyentuh perempuan tanpa shahwat adalah tidak membatalkan wudhu’, walaupun perempuan itu bukan isteri kita. Tapi, menyentuh perempuan yang bukan mahram kita secara sengaja adalah berdosa.

Pendapat fuqaha’ lain itulah yang digunakan di dalam kes jemaah ke tempat padat dengan manusia serta bercampur lelaki perempuan seperti di Masjidil Haram.

Untuk aku pula, aku tidak mengaplikasi pendapat menyentuh perempuan tanpa shahwat tidak membatalkan wudhu’ di masjidil haram sahaja. Aku menggunakan pendapat itu di dalam seluruh kehidupanku. Sebab itu, bila aku menyentuh isteriku, aku tidak mengambil wudhu’ku semula. Apa yang aku pelajari di dalam mata pelajaran pembandingan mazhab semasa di universiti dahulu, dan juga di tempat-tempat talaqqi, sememangnya menyatakan pendapat menyentuh perempuan tidak membatalkan wudhu’ adalah pendapat yang lebih rajih.

Sebaik sahaja aku melalui rukun yamani, aku mengucapkan doa untuk kejayaan dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan dari azab neraka berulang kali. Tidak lama kemudian, kedudukanku mula sejajar dengan Hajarul Aswad. Aku sekadar melambai sahaja sambil mengucapkan “ Bismillahi Allahuakbar” dan terus memasuki pusingan yang keenam.

Aku terus berdoa, tenggelam dalam penyerahan diri hanya kepada ALLAH. Sepanjang tawafku, dari awal hingga kini, aku hanya berdoa dengan dua doa sahaja. Doa pertama aku ucapkan bermula dari hajarul aswad hingga ke rukun yamani. Doa kedua adalah doa meminta kebaikan di dunia dan akhirat, serta dijauhkan dari api neraka, dari rukun yamani ke hajarul aswad.

Semasa tawaf, tiada doa yang khusus yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW kecuali doa memohon kebaikan di dunia dan akhirat serta meminta agar dijauhkan diri dari azab api neraka. Maka kita disunatkan untuk berdoa apa sahaja, dan berdoa sebanyak-banyak doa yang mungkin.

Tapi aku tidak mempelbagaikan doaku. Doa pertamaku itu kuulang-ulang.

Masuk pusingan yang ketujuh, aku menambah satu doa:

“ YA ALLAH, kalau KAU tak makbulkan doaku, siapa lagi yang hendak memakbulkan doaku ya ALLAH? Kalau KAU tak mendengar doaku, maka siapa lagi yang hendak mendengar doaku ya ALLAH? Kalau KAU membiarkan aku, maka siapa lagi yang hendak menjaga aku ya ALLAH? Kalau KAU berpaling daripadaku, maka siapalah yang hendak memandang aku ya ALLAH? KAU sahajalah tempat aku bergantung harap, maka perkenankanlah segala permintaan aku ya ALLAH!”

Doa itu menggantikan doa yang pertama, kuulang dan kuulang dalam tawaf terakhir ini. Kuulang dalam keadaan penuh hiba. Hati terasa seperti dicubit-cubit dengan kekerdilan diri. Bergetar jiwa menarik air mata untuk mengalir. Aku menangis sambil mengulang doaku itu. Penuh pengharapan dalam keadaan penuh ketundukan. Ya ALLAH, Ya ALLAH…

Tiba-tiba kurasa pegangan tangan Sya menjadi semakin erat. Kupandang isteriku itu. Dia juga sedang tunduk. Mulutnya terkumat kamit berdoa. Air matanya menitis-nitis. Kain telekungnya basah. Aku tambah hiba. Entah doa apa yang dia sedang ucapkan ketika itu, tetapi nampaknya keadaanya sama seperti aku. Penuh berharap.

Ya ALLAH, perkenankanlah permintaan kami!

Kami terus bergerak, dan menutup tawaf kami selepas melepasi Hajarul Aswad.

Aku membawa Sya ke kawasan solat di belakang Makam Ibrahim. Sememangnya, selepas tawaf, antara perkara yang sunat dilakukan adalah solat sunat dua rakaat di belakang makam ibrahim. Di situ kami solat sendirian, bukan secara jemaah.

Dalam sujud terakhir, aku minta bersungguh-sungguh agar doaku di dalam tawaf tadi dimakbulkan. Apabila aku mengangkat kepala, membaca tahiyyat dan memberikan salam, kudapati Sya masih belum bangkit dari sujud. Tubuhnya terenjut-enjut. Dia sedang menangis dengan penuh hiba nampaknya. Hati jadi rawan. Malam ini penuh dengan tangisan.

Aku memandang langit malam yang hitam pekat tanpa bintang. Sepanjang waktu berada di sini, memang aku dan Sya hanya bertawaf di waktu malam, kerana tidak tahan dengan bahang kepanasan di siang hari. Tambahan, ketika siang, manusia terlalu ramai. Aku hanya risaukan kesihatan Sya.

Sya bangkit dari sujud, duduk dan tidak lama kemudian memberikan salam. Aku yanng berada di sebelahnya, segera menyeka air mata.

“ Sayang doa apa sampai menangis-nangis ni?” Aku bertanya.

Sya menggeleng. “ Rahsia saya dengan DIA”

Aku tersenyum.

“ Abang pun, sya tengok masa tawaf macam dah tak ingat sesiapa aja, khusyuk benar berdoa sampai menangis-nangis. Abang doa apa?”

“ Biarlah rahsia” Aku membalas.

“ Ayo, tiru. Tak aci.” Sya bangun. Aku turut bangun dalam senyuman.

Destinasi seterusnya adalah tempat minum air zam-zam. Itu juga adalah antara sunat selepas melakukan tawaf. Tempat itu ramai orang. Aku tidak pernah membenarkan Sya pergi seorang diri. Akulah yang akan mengambilkan air untuknya. Dia hanya akan kusuruh duduk di tangga yang berdekatan menunggu.

Aku membawa dua cawan. Satu untuk aku, satu untuk Sya. Sya minum sambil menghadap Kaabah. Aku berdoa dahulu sebelum minum, doa yang sama seperti doa pertama dalam tawafku tadi. Tapi aku minum sedikit sahaja, kemudian aku ambil air itu, kutuangkan di atas kepala Sya. Terkejut isteriku itu.

“ Abang, abang buat apa ni?” Basah telekung Sya. Dia memegang kain telekungnya.

“ Katakanlah amin” Aku meminta.

Sya memandang aku penuh persoalan.

“ Katakanlah amin” Aku mengulang.

“ Amin” Sya mengucap kalimah penutup doa itu.

Kemudian aku duduk di sebelah Sya.

“ Kenapa buat macam itu bang? Habis basah telekung sya”

“ Beberapa minit lagi, kering la” Aku menjawab selamba. Memang, walaupun malam, Makkah tetap panas membahang. Suhu biasa ketika malam adalah 37 darjah celcius. Sebentar sahaja, telekung itu akan kembali kering.

Sya senyap tidak berbicara lagi. Dia merapati bahuku.

“ Abang fikir apa sebenarnya?”

“ Menunggu doa dimakbulkan”

Senyap. Kemudian kami senyap. Sama-sama memandang Kaabah yang berselimut kiswah hitam, dijahit padanya kaligrafi dari benang emas.

Ya ALLAH, perkenankanlah…

“ Barangsiapa yang bertaqwa kepada ALLAH, maka ALLAH akan memberikannya jalan keluar, dan memberikannya rezeki dari arah yanng tidak disangka-sangka…” Surah At-Talq ayat 2-3.

****

Tempoh sebulan lebih itu sudah hampir berakhir sebenarnya. Boleh dikatakan, hari-hari ini adalah ibarat hari-hari terakhir untuk aku dan Sya. Hari-hari terakhir sebelum kami berpisah, atau lebih tepat lagi, dipisahkan.

Memandangkan dia mengetahui umurnya semakin pendek, maka Sya meminta kepadaku agar membawanya menunaikan umrah. Aku pantas menghubungi kawan baik ayah yang bernama Pakcik Kamaruzzaman, yang mempunyai sebuah syarikat bernama Syarikat Shahid Travel & Tour. Melalui Pakcik Kamaruzzaman, kami datang menunaikan umrah.

Sya kata, dia tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke dua tanah Haram, yakni Makkah dan Madinah. Kini, dia sudah menziarahi Madinah dan sekarang kami berada di Makkah, menghabiskan hari-hari terakhir pakej umrah dan ziarah kami.

Aku pula, semasa belajar di Jordan dahulu, sudah pernah melaksanakan umrah beberapa kali bersama persatuan pelajar arab, Iktilaf Islami.

Malam ini adalah malam terakhir kami di Masjidil Haram. Esok petang, kami akan bertolak pulang ke Malaysia.

“ Romantik la pulak kita ni bang, dalam Masjidil Haram ber’couple’” Sya bercanda.

Pembacaan Al-Quranku terhenti.

Aku tersenyum, dalam keadaan duduk bersama kaki melunjur, dan Sya sedang meletakkan kepalanya di pehaku. Kami sama-sama memandang Kaabah. Dahulu, ketika aku menunaikan umrah semasa di universiti, aku sering melihat beberapa pasangan suami isteri berbangsa arab duduk-duduk dalam keadaan seperti kami sekarang.

Aku masa itu, memang sudah menyimpan niat untuk membawa bakal isteriku, menunaikan umrah, dan duduk-duduk di dalam masjidil haram seperti pasangan-pasangan romantik yang kulihat itu. Tap tak sangka, aku dapat melaksanakan umrah dengan isteriku, duduk-duduk dalam keadaan romantik di dalam masjidil haram seperti yang aku hajatkan, namun, dalam keadaan kami melalui hari-hari terakhir kami.

Hatiku jadi sebak sendiri. Melalui hari-hari terakhir bersama Sya, membuatkan aku menjadi seorang yang lembut dan mudah terasa.

“ La, kenapa abang sedih? Sebab nak tinggalkan tempat ini esok ea?”

Sebab kita sudah hampir berpisah sayang… “ Em..” Yang keluar hanya itu.

“ Abang, nasyidlah satu lagu. Abang kan suka nyanyi lagu nasyid”

“ Abang tak boleh bawa la lagu yang sayang suka tu”

Sya tergelak. “ Mana boleh, lagu tu tinggi-tinggi. Abang bawa la lagu yang slow-slow, rendah-rendah”

Aku memandang sekeliling, kawasan solat tempat aku dan Sya sedang duduk kosong. Jam menunjukkan pukul 2.00 pagi. Memang ketika ini tidak ramai orang.

“ The Zikr, Isteri Solehah”

“ Ok, shoot

Isteri cerdik yang solehah,

penyejuk mata,

penawar hati, penajam fikiran,

di rumah dia isteri, di jalanan kawan,

di waktu kita buntu, dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan

Menjadikan kita tetap pendirian

Ilmu yang diberi dapat disimpan

Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian

Silap kita dia betulkan

Penghibur di waktu kesunyian

Terasa rahmat bila bersamanya

Dia umpama tongkat si buta

Bila tiada satu kehilangan

Dia ibarat simpanan ilmu

Semoga kekal untuk diwariskan

Dengan suara yang teramat rendah lagi perlahan, aku nyanyikan nasyid lama itu. Sya memandang aku sahaja sepanjang nasyid itu kudendangkan. Bila aku selesai menyanyikan nasyid itu, aku seakan terserap ke ruanng vakum, suara-suara di sekeliling kami tidak lagi kedengaran menggetarkan gegendang telingaku. Mata Sya bertentang dengan mataku.

Tiba-tiba mata Sya bergenang.

“ Aiseh, sedap sampai nak menangis ke?”

“ Ish abang ni, orang terharu la” Dadaku ditolak.

Aku ketawa kecil. Mataku hangat sebenarnya, namun aku cuba untuk tidak mengalirkan air mata.

“ Sakeena lagu Outlandish lagi mendalam maksudnya”

“ Tapi rap dia complicated, sya susah nak faham”

“ Abang boleh buat slow motion punya”

“ Ini masjid la”

“ Dia yang suruh kita nasyid dulu”

“ Satu lagu je, nak rehat-rehat”

Kami ketawa sama-sama. Aku, kalau duduk dengan Sya, berapa jam pun boleh tahan. Aku tidak kisah. Duduk bersamanya, macam duduk dalam syurga. Tidak kira, tempat sesejuk kutub utara, atau sepanas padang sahara, aku tetap akan rasa nyaman bila berada di sebelahnya.

“ Esok-esok, boleh ke kita sembang-sembang macam ini lagi bang?” Pertanyaan Sya ibarat jarum halus menusuk hati.

“ Kenapa sayang cakap begitu?”

“ Ya la, ini kan hari-hari terakhir sya”

Aku diam. Sya mula menutup mata. Aku tahu, dia sedih. Dan aku tahu, dia tidak sedih kerana dia yang hendak mati. Dia sedih, kerana meninggalkan aku seorang diri.

“ Setiap hari adalah hari-hari terakhir untuk manusia. Siapa tahu dia mati bila, siapa tahu dia hidup sampai bila” Aku cuba menenangkan Sya, tapi sebenarnya aku lebih cuba menenangkan diri sendiri dengan kata-kata itu.

“ Abang memang pandai berbicara ya” Mata Sya terbuka semula.

Aku tersengih. “ Sayang, sayang yakin tak yang ALLAH tu boleh buat apa sahaja?”

“ Yakin”

“ Abang juga begitu”

“ Abang berharap kepada kejaiban?”

Aku menggeleng. “ Abang mengharap kepada ALLAH, yang memegang segala perkara”

“ Tapi, segala perkara tu bergerak atas sunnatullah bang, dan maut itu tidak boleh dielak”

“ Tapi siapa kata maut sayang sudah semakin hampir?”

“ Doktor pakar”

“ Bukan ALLAH kan?”

Sya senyap. “ Tapi, mustahil kan? Abang pun dah tengok result X-ray sya, dan keputusan pembedahan tempoh hari.”

Aku tersenyum kelat. Memang. Aku sudah lihat, dan dari penglihatanku itu, memang Sya tiada harapan lagi.

“ Memang, tetapi salahkah abang untuk terus berharap?”

“ Sya takut abang kecewa sahaja”

Aku menggeleng. “ ALLAH tidak akan mengecewakan hamba-hambaNya. DIA sentiasa memberikan yang terbaik”

“ Abang harap, doa abang di sini makbul” Aku mengharap.

“ Baiklah, abang memang degil. Sya pun harap, doa sya makbul” Sya menjawab.

“ Sya doa apa? Untuk sembuh?” Aku menduga. Sya menggeleng.

“ Habis?”

“ Kan dah kata rahsia. Apa kata abang amin kan sahaja?” Sya selamba sahaja.

“ Amin” Aku di dalam hati berharap, agar apa pun permintaan Sya, ALLAH perkenankan.

“ Abang, Sya sayang, kasih, cintakan abang”

Aishiteimasu” Aku menjawab dalam bahasa jepun.

“ Tahu la terer cakap jepun, jangan lah jawab dalam bahasa tu. Apa la. Tak feeling langsung” Sya buat merajuk, dadaku ditumbuk lembut sekali.

“ Abang sangat sangat sangat sangat sayang, kasih, cintakan Sya, lebih dari diri abang sendiri”

Dan bibir Sya menguntum senyum.

“ Moga kita kekal bersama hingga ke syurga” Sya menyambung dengan kata berbentuk doa.

“ Amin”

Ya ALLAH, dengarkanlah, perkenankanlah!

****

Aku duduk dalam keadaan gusar. Nyalaan lampu bertulis KECEMASAN yang berada di atas pintu masih belum padam walaupun sudah hampir 3 jam berlalu. Dua tanganku bertemu, bergenggam dan dahiku menyentuh kedua tanganku itu.

“ Ya ALLAH, selamatkanlah Sya!”

Tadi semasa di rumah, tiba-tiba Sya menjerit-jerit sakit. Aku pantas membawanya ke hospital, ibu, ayah, abah dan mak aku hubungi. Kami kini sedang sama-sama menanti.

“ Sabar, insyaALLAH ALLAH akan permudahkan” Bapa mertuaku, yang senang kugelar bapa menepuk-nepuk belakang tubuhku.

“ InsyaALLAH selamat” Ibuku pula menenangkan.

Kulihat ayahku membaca yasin, manakala mak mertuaku sibuk berdoa. Semua tenang sahaja, namun aku yang kegelisahan.

Di dalam hati, kalimah ALLAH sahaja yang aku ulang-ulang. Penuh berharap.

Tiba-tiba, lampu kecemasan itu terpadam.

Seorang doktor perempuan keluar. Dia adalah kenalanku, juga teman rapat isteriku, dan merupakan doktor pakar yang bertanggungjawab sebagai penjaga isteriku. Namanya Sharifah Nurul Hidayah.

“ Macam mana?” Aku bertanya dengan penuh keresahan. Ayah, ibu, abah dan mak turut bangun bersamaku.

Sharifah Nurul Hidayah diam sebentar, menambah resah. Kemudian dia bertanya:

“ Suka anak lelaki atau perempuan?”

“ huh?” Resah gelisah terus hilang.

Sharifah Nurul Hidayah kemudiannya tersenyum.

“ Tahniah, Sya selamat melahirkan anak! kembar lelaki perempuan!”

Jantungku macam hendak tercabut.

“ Akak, jangan la buat lawak macam tu. Buat orang takut aja” Aku mengurut dada. Aku memanggil Sharifah Nurul Hidayah sebagai akak, memandangkan dia adalah senior aku dan Sya semasa di sekolah menengah.

Sharifah Nurul Hidayah tersenyum aja. “ Dah, pergi masuk, azan dan iqamahkan anaknya tu. Tapi jangan kacau Sya sangat, dia masih lemah”

Aku tersenyum. “ Siapa yang nak susahkan orang yang dia paling sayang dalam dunia?”

Sharifah Nurul Hidayah menggeleng kepala sahaja.

Aku masuk bersama ayah, ibu, abah dan mak.

Sya menyambut kami dengan senyuman, walaupun senyumannya itu agak tawar kerana kepucatan.

“ Hadiah berganda” Dia angkat jari buat gaya peace.

Aku tersenyum. Terbaring lemah pun ada gaya nakal lagi.

Aku pantas mengambil anakku dan melaungkan azan di telinga kanan, kemudian iqamah di telinga kiri. Seorang lagi anakku, juga aku buat demikian. Gembira di dalam hati mencanak-canak. Kalimah alhamdulillah entah sudah masuk kali keberapa kuulang ucap.

“ Ini adalah hadiah, kerana percayakanNya” Sya bersuara.

Aku tersenyum dan mengangguk.

Selepas pulang dari masjidil haram, tiada apa-apa yang berlaku kepada Sya walaupun sudah berbulan-bulan berlalu. Malah, dia sudah tidak demam-demam, berat badannya kembali normal, dan dia sudah mula berselera makan. Dia sendiri kehairanan dengan keadaan dirinya.

Akhirnya, aku mengajaknya membuat pemeriksaan sekali lagi dengan doktor.

Keputusannya amat menakjubkan. Kanser hati yang dihidapi Sya sudah hilang. Malah, mengikut hasil pemeriksaan itu, Sya seakan-akan langsung tidak pernah menghadapi sakit kronik tersebut.

Kini, setahun setengah sudah berlalu, semenjak kepulangan kami dari Masjidil Haram. Sya terus sihat, malah mengandung dan melahirkan anak. Kembar pula tu. ALLAH telah memakbulkan doa aku.

“ ALLAH dah makbulkan doa abang semasa di Tanah Haram dulu”

“ Tapi ALLAH tak makbulkan doa sayang hari itu”

Aku kehairanan. Kenapa? “ Apa pula yang sayang doa?”

“ Abang kena la cerita apa yang abang doa dulu”

Aku memandang ayah, ibu, abah dan mak. Mereka nampak tertarik dengan perbualan kami.

“ Abang doa, biar sayang sembuh. Itu sahaja satu-satunya doa yang abang sebut semasa di Madinah dan Makkah, masa tawaf, masa sa’ie, masa minum zam-zam. Malah, masa abang tuang zam-zam pada sayang, abang sebut doa yang sama, iaitu minta sayang sembuh”

“ Alhamdulillah, doa kau dimakbulkan ALLAH” Mak mertuaku menepuk-nepuk belakang tubuhku.

“ Alhamdulillah mak. Semuanya kasih sayang ALLAH”

“ Tapi, apa yang kau doa sampai kau kata tak makbul Sya?” Ayahku bertanya. Aku juga hendak tahu. Dan aku yakin semua hendak tahu.

“ Sya doa, agar abang ni dapat isteri yang solehah, baik, caring, dan paling sesuai untuk jaga dia dalam kehidupan ni. Tapi sya tak dipanggil pergi pula, dan abang pun tak kahwin lain. Doa sya tak makbul la”

Aku senyap. MasyaALLAH…

Aku terus mendekati Sya yang terbaring di atas katil.

“ Sayang nak tahu tak satu perkara?”

Apa dia? Mata Sya berbicara. Tangan Sya kucapai. Kudekatkan dengan bibirku, kukucup penuh cinta.

“ ALLAH dah makbulkan doa sayang”

“ hmm?”

“ Sayang la isteri yang solehah, baik, caring, dan paling sesuai untuk abang dalam kehidupan ini. Sebab itu mungkin, ALLAH tak tarik sayang daripada abang, dan abang memang dah niat dalam hati, kalau sayang ALLAH panggil pergi, abang tak akan kahwin lain lagi”

Mata Sya bergenang. Sama seperti aku. Ini tangisan gembira. Hilang sudah tangisan hiba yang sering tertumpah dahulu.

“ ALLAH hendak ajar kita sebenarnya, yang setiap hari itu adalah hari-hari terakhir kita. Maut sentiasa dekat dengan kita. Maka, bagaimana kita mengisi masa kita, maka bagaimana kita berusaha menghadapinya. Itu yang abang dapat dari ujian yang ALLAH berikan kepada kita” Aku memberikan pendapat dari apa yang aku lalui.

“ MasyaALLAH, Allahuakbar” Kudengar ayah, ibu, mak dan abah memuji ALLAH SWT. “Dalam sungguh pengajaran yang terdapat dalam peristiwa kehidupan kita ini.” Ibuku menyambung.

Sya tersenyum.

“ Kita pergi Makkah Madinah lagi nak? Kali ini kita buat haji?”

Aku tersenyum.

“ Boleh. Bawa ayah, ibu, mak dan abah sekali”

Ya ALLAH….

Shukron Jazilan.

Alhamdulillah!

p/s : cerpen ini diambil dr ansyuhanim blogspot. cerpen ini sangat memberikan pengajaran yg baik. kte love cerpen tersebut.(◕‿◕)