Wednesday, January 27, 2010

which mine?
jejaka section 10
akmal-azmi-mad-syafiq-acapbersalaman semasa raya


pas balik dr klas accnt smpt lg berposing
gempak la sir sharul pun join



kfc time

main bowling plak



sambutan hari raya kt dewan KPTM


1st time kami bergabung tenaga

miz u all



ni la su
Semester 1 - section 1
-syafiq-akmal-acap-mad-azmi-
-deqna-atip-intan-naz-su-ajoy-fana-bella-ieka-nadia-nad-eza-aien-awa-iranajwa-echa
Kte dapat section 10 tw mse sem 1.. mak ai,jauhnya.. mmg terkejot gler r..malu pun ada.. rupanya dorg men letak je section2 neh sume.. masa mula2 dlu g kls,xtaw cmne bdk section 10 neh leh duduk stempat tp masa tu kteorg xknl pun same sendiri tw..tw je la blom knl,gerenti r sume diam je..bwt hal masing2,pegang fn la,tgk2 kls la, n mcm2 gelagat kwn2 kte tu. Tp nsb r kte ada knl sorg budak klas kte tu. Su namenya. Toilet mate kte mase sem 1 b4 pindah GMI.. alhamdulilah r ada dia.. 1st klas kteorg jmpe kat m6.. tgk kte ingt lg tw.. gempak gle r..

Wlupun kteorg jmpe dlm jangka masa yg singkat tp kteorg cm sbulan kowt da leh ngam ngn sume.. baik laki mahupun pmpn tw.. syok je tw r kls kteorg plaja plg sket time tu.. Cuma 21 org je kowt rasenya..mmg xleh lupa time neh..bru je knl kteorg dah ada gosip2 dlm kls..hesh! mcm2 sungguh kwn kte neh tw..

Mcm2 xtvt kteorg bwt same2, yg pandai tlg yg kurang pandai, yg pro tlg yg lemah, smpaikan time test pun kteorg leh pas2 kertas lg tw.. tgk buku la.. tulis dlm fn la,hah neh keja akmal tw.. nakal btl kteorg neh tw.. tp plg kte xleh lupa yg kteorg g buka same2..best sgt2 byk sgt2 memory indah bsama dorg. Sampaikan kls kteorg djemput khas tu membisingkn klas lain..hahah... pahit manis kteorg kongsi bersama..kte rindu sgt ngn korg sume..

Saturday, January 23, 2010

wanita solehah lebih baik dr bidadari

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki.
Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW.

Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita.

Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki.

Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki.

Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki.

Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya.

Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, contohnya seperti Uwais Al-Qarni.

Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka.

Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.

Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.”


(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi) Lagi sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.”


(Riwayat Abu ‘Asakir).

Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga? Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):

Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)”

(riwayat al-Tabrani).


Terkejut bila membaca hadis ni dan ingin berkongsi bersama rakan-rakan lain.

Sungguh tinggi darjat wanita solehah, sehingga dikatakan lebih baik daripada bidadari syurga.

Semoga hadis ini menjadi inspirasi bagi kita semua dalam memperbaiki diri agar menjadi lebih baik daripada bidadari syurga.

InsyaAllah.. Tapi, bagaimana yang dikatakan wanita solehah itu?

Ikuti kisah berikut, semoga kita sama-sama beroleh pengajaran.

Seorang gadis kecil bertanya ayahnya,


“Ayah ceritakanlah padaku perihal muslimah sejati?” Si ayah pun menjawab, “Anakku,seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.Wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi. Itulah yang terbaik”. Si ayah terus menyambung, “Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu"."Muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.Muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran".

Berdasarkan ayat 31,surah An Nurr


Abdullah Ibnu Abbas dan lain-lainya berpendapat, "Seseorang wanita islam hanya boleh mendedahkan wajah,dua tapak tangan dan cincinnya di hadapan lelaki yang bukan mahram". (As syeikh said hawa di dalam kitabnya Al Asas fit Tasir).“Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”. (surah Al Ahzab:32). “Lantas apa lagi ayah?”sahut puteri kecil terus ingin tahu. “Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda"."Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi.Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”.

Setelah itu si anak bertanya, ”Siapakah yang memiliki criteria seperti itu ayah?Bolehkah saya menjadi sepertinya?mampu dan layakkah saya ayah?”.Si ayah memberikan sebuah buku dan berkata,”Pelajarilah mereka!supaya kamu berjaya nanti.INSYA ALLAH kamu juga boleh menjadi muslimah sejati dan wanita yang solehah kelak,malah semua wanita boleh”. Si anak pun segera mengambil buku tersebut lalu terlihatlah sebaris perkataan berbunyi ISTERI RASULULLAH. “Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu ,puasa di bulan ramadhan ,menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya,maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya”.(riwayat Al Bazzar)


P/S: "Seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH"

Friday, January 22, 2010

siapa pemilik cintaku

Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberikan kepada seseorang yang boleh bergelar suami, pilihlah seorang lelaki yang;

1.Kuat Pengamalan Agamanya Ukuran boleh dibuat apakah dia menjaga sembahyang fardhunya biar sesibuk mana, kerap berjemaah dan sembahyang pada awal waktu.Ukur juga, apakah dia menjaga auratnya dengan memakai pakaian yang sopan terutama sewaktu bersukan. Mengutamakan pemuda yang kuat pengamalan agamanya ini adalah sunnah Rasulullah s.a.w. kerana baginda menerima pinangan Sayidina Ali, seorang pemuda paling miskin tetapi paling bertakwa untuk menjadi suami anaknya, Siti Fatimah.

2. Baik Akhlaknya Ketegasannya nyata tetapi sebenarnya dia seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Dia bertutur dengan sopan kerana melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Jika (seorang lelaki) datang (untuk meminang anak perempuanmu) dan kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya,nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu kamu tidak lakukan maka akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang amat luas."


3. Tegas Mempertahankan Maruah Ukur, apakah dia pernah pergi ke tempat-tempat yang bleh menjatuhkan kredibiliti dan maruahnya seperti ke tempat-tempat hiburan yang penuh dengan maksiat.

4. Amanah Selidiki, apakah dia seorang yang tidak pernah mengabaikan tugas yang diberikan kepadanya atau apakah dia pernah menyalahgunakan kedudukannya.

5. Tidak Boros Dia bukanlah kedekut tetapi seorang yang tahu membelanjakan wangnya dengan bijaksana. Nikmat yang ada padanya seperti makanan boleh dikongsi sama dengan orang-orang lain yang berhak.

6. Tidak Mengelingas Matanya Perhatikan apakah matanya kerap mengelingas ke arah perempuan lain yang lalu-lalang sewaktu berbicara. Jika begitu, dia seorang yang bermata keranjang dan berbahaya untuk disenaraikan calon suami.

7. Terbatas Pergaulan Dia tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun sebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah menjadi fitnah orang.

8. Siapakah Rakan Pergaulannya Rakan-rakan pergaulan adalah yang sama sepertinya.

9. Bertanggungjawab Rasa bertanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh manakah dia menguntukkan dirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika dia seorang yang agak berada tetapi keluarganya hidup susah,dia bukanlah seorang yang bertanggungjawab.

10. Tenang wajahnyaApa yang tersimpan dalam sanubari kadang-kadang terpancar pada air muka. Perhatikan, apakah wajahnya tenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak. Andainya dia seorang yang kelam-kelibut dia bukanlah calon suami yang anda cari-cari.
Berbahagialah anda jika dicintai calon suami yang demikian sifatnya. Semoga berbahagia di dunia dan akhirat.


Cinta seorg wanita bukan untuk 'buaya-fren' tetapi untuk suaminya yang sah ^-^

pandangan muslim terhadap muslimah!!



Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yand ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara di berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalia

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.





"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..
YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikan silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

sampaikan pesananku kepada dye!!

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendirir30;.

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..

Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..

Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..


Ya Allah.seandainya aku jatuh cinta..kurniakanlah aku seseorang yang juga melabuhkan cintanya hanya padaMu Ya Allah..supaya aku tidak mendambakan cinta yang murah..Ya Rahman..seandainya aku jatuh ati..kurniakanlah aku seseorang yang juga hatinya sentiasa bertaut padaMu Ya Allah..supaya aku juga tidak mudah alpa dengan kehidupan duniawi..Ya Muhaimin,seandainya aku rindu...kurniakan rinduku pada seseorang yang merindui syahid dijalanMU..supaya aku tahu bahawa hidup ini matlamatnya utk mendapat keredhoan Allah..
Amiiinnnn

Sunday, January 17, 2010

menunggu kepulangan shbt tersayang - Yan-

hm..dr ari rabu shingga arini..aku menunggu kepulangan roomate aku..alhamdulilah arini dia balik..bestnya xterhingga.. da xthn bosan dlm bilik neh.. deqna pun da mengeluh ckp bosan.. nk kuar pnt plak tu..

esk,kls da strt mcm biase! xsbrnya nk blaja. nk naikkan pointer lg sem neh cm sem lps..insya'allah!!nk dpt dean's list..amien2!!

Friday, January 15, 2010

cite2..

hye!!
td pnt gler je g kls..
rose xmsk jnji ari JUMAAT
grm btl...bzr bju tw...
tp xpe r dia lect aku tu..
heheh
pas balik dr kls..
bella n kina lepak kat bilik plak..
sesi meluahkan perasaan pun bermula...
xsangka plk ramai btl ada pblm kt umh neh..
baik laki ke pmpn...
sme je..huhu
sbr la ye kwn2 sy tersyg..
ramai lg org ada sekeliling kte tnpa dorg sume..
hmm..btl ckp bella
org yg bwt kte neh sbb kte ada keistimewaan lorh..
so,bg sape2 yg terkena sbr je la ye..

kte punya fn da rosak!!!
wah,sedih gler wo..
nk fn bru..
ada model yg best.?
inform sy k..

Monday, January 11, 2010

warkah buat adm!




Bingkisan buat ADAM...

ADAM...
maafkan aku jika coretan ini membuat engkau tidak senang duduk...
maafkan aku jika kau tak dapat nak terima apa yang ingin aku titipkan untukmu...
maafkan aku jika kau rasa aku berfikiran kolot dan tak up to date...
maafkan aku jika kau terasa ingin buang dan keronyok kertas kaku ini...
maafkan aku jika teguran ku ini mengundang menyampah dihatimu...

terimalah aku seadanya ADAM...
bimbinglah HAWA mu ini kejalan Nya...
HAWA mu ini merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...

ADAM...
Adakah engkau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?
Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan, kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan kejahilan mereka.
Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita tidak sedar.
Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.
Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...
Naudzubillah...

ADAM...
Kau bertanggungjawab keatas HAWA. Bukankah HAWA itu isterimu?ibumu?
Adik perempuan mu?kakak mu?bahkan saudara-saudara perempuan mu?
Sedarkah kau ADAM, tatkala HAWA diperintahkan untuk terjun ke neraka kerana dosa-dosa didunia, mereka berhak menarik 4 ADAM untuk menemani mereka mengazabkan diri dengan maraknya api panas itu?
4 ADAM itu adalah; suami, ayah, adik lelaki, abang dan saudara lelaki nya.
Mahukah kau menerima azab bersama HAWA?

ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.

ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Samaada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.

ADAM....
Kasihanilah HAWA...
Jangan kau nodakannya dengan sentuhan-sentuhan dan kata-kata romantismu yang kononnya tanda sayang dan cinta sebelum ada akad yang menghalalkan kau berbuat begitu.
Adakah engkau yakin dengan mencintainya sebelum nikah, dia adalah milikmu yang sah pada masa akan datang?
Tahukah engkau, ada 5 perkara yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan kita ADAM...
Jodoh, maut, rezeki, hari kiamat dan malam lailatul qadar.
Alhamdulillah, jika kekasih mu itu menjadi isteri mu nanti.
Jika dia diciptakan untuk ADAM lain, bagaimana ADAM?
Dimana letaknya kesucian seorang wanita?
ADAM yang benar-benar layak untuknya hanya layak menerima yang 2nd hand.
Kau juga ADAM seperti ADAM itu.
Apa perasaan mu jika isteri mu pernah menyerahkan hati nya untuk ADAM lain sebelum mu. Kecewa bukan bila kau terpaksa berkongsi hati itu bersama ADAM yang lain?

ADAM...
Dia telah berjanji...
ADAM yang baik untuk HAWA yang baik.
Mengapa kau menafikan janji Pencipta kita?Dia tidak pernah memungkiri janji.
Dia melarang kau mencintai dan berkasihan dengan HAWA sebelum ada akad yang menghalalkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepadamu dan seluruh hidupmu. Jikalau cinta haram mu itu membuahkan benih-benih yang terlarang, adakah pasti keturunan mu?
Sedangkan dihari perhitungan nanti, kau akan bertanggungjawab keatas keturunanmu.
Jika benih itu adalah seorang HAWA, kau layak berkahwin dengan nya.
Kerana kau tiada hak untuk menjadi wali kepadanya. Bukankah itu satu penghinaan Tuhan?

ADAM...
Tatkala jari-jari ini menari atas keyboard, hati HAWA ku meruntun hiba. Kerana aku lemah...aku perlukan ADAM yang dekat pada Rabb untuk memimpin aku menuju Nya...
Dekatkanlah dirimu pada Pencipta kita ADAM ku...
Supaya aku tidak hilang harapan hidup didunia. Supaya aku tidak menarik engkau menuju siksa neraka, dan kita derita bersama.
Biarlah aku dihias dengan bidadari dan menunggu mu menuju syurga ALLAH...agar kekal bahagia di pengabdian..

-HAWA mu...-
Assalamualaikum w.r.t
Smpai kolej td kol 10lbh hrp je nk g dftr awl..hehe
Biasa la kte merancang Allah yg menentukn..
Pastu tngu deqna dlm 10min..
Pastu kteorg g dftr..
Ya Allah, dlm hati bdoa gler xmau terserempak ngn ***
Allah xske hambanya bermusuh dan bermasam muka
Tlh tersurat lg tersirat kami berselisihan..

masyaAllah!!!
Mengucap pnjg aku ngn deqna..

Z*** oyt,bru sebut2 nama korg,jmpe gk. Pnjg umo

A*** atp,pointer brape??

T*** korg bru smpai ker??

The B*** senyap sunyi bisu kot,xpun lidah jd kelu..

Tw x...
Ape2 yg dorg tnye aku cuma senyum je
Ada la 1 2 patah yg aku ckp
Mybe dorg bengang kot

T*** jom,salam ibu

Kteorg pun separate!!!
Yg plg lwk deqna la..
Kalut gler..
Suh pegang fn la..
Xtaw ape motif dia..
Tp pelik gk nape dorg xajk kte dftr sme2kn wlupun da duk lain2??
Pelik gk!
Lg2, t*** n Z***...
Ape la salahkn ajk..bkn kne pakai post pun..
Hesh xfhm btl la ngn dorg neh..
Hm..kalo cmne r dorg
Persahabatan kteorg mmg xkn normal lg pun kot..

Oke fine!
Aku dpt tw aku 1 sect ngn 2org bdk dekan umh “the bom”
Aku akn tego slh sorg dr dia je..
Tp nk group sme,SORIE..
Bkn nk blagak ke ape
Cuma hati da terlampau berdarah n bernanah da neh
Aku xnk lg ada hubungkait lg ngn dorg,kalo bleh
Cuba r korg ada kt tmpt aku
Wlupun aku ni korg ingt cm budak kecik
Tp fikiran n perasaan aku xmcm budak kecik tw..

AKU DA SERIK NK RPT NGN ORG EXCEPT YAYA!!!
Thnx,yaya!!
Ko jelmaan diri aku..

kpala tingt0ng

hmm..arini start klas..lect masuk jap je.. terangkan pasal harga buku sume pastu contents sket kowt..hehe..mak ai, mhl gle r bku taxation tu..text RM80,slide RM15.. xpe2,demi nk dpt ilmu aku sngp! hehe..poyo je lebihkn..

hmm..nk dgr cter x aku dpt msg gler pnya syok r!! nk bce?? kalo xnk bce pun aku letak gk..blog aku kn..

"Salam,atip kau ade ckp kalau kte terjumpa kt kolej kau akan tego aku ni kte da 1 klas pun kau cam xnak tgk aku je..nape?sory kalau msj neh mganggu.."

oke,fine! mesti korg ttnye2kn nape..sbb dia aku kuar dr umh..sbb dia aku xrpt lg ngn dorg..sbb dia aku merana..sbb dia aku ngis..sbb dia hati aku terluka..sgala2nya sbb dia. senang2 je aku nk tego dia blk ker??..emm.sorie la.. wlaupun aku lembut,tp hati aku xselembut diriku. hati aku keras macam batu tw..

kdg2,aku nk benci dia tp aku xde niat pun nk benci dia sbb dia kwn rpt aku dlu..aku cuma nk bg diri aku stabil ngn keadaan neh sume. tngu je la bila k.. itupun kalo masih nk tunggu la..huhu..

hmm..nk cte pasal duk ostel neh plak.. Ya allah bosan gler r xde wt pe.. dr td mlyn laptop je tw..heheh.. tp xpe,duk ostel hati tenang sgt2.. Alhamdulilah!..k la chow dlu.. dadaa!

Wednesday, January 6, 2010

persahabatan vs keikhlasan vs kekecewaan



SEMUA MANUSIA DI DUNIA INI MEMERLUKAN KAWAN
DR SELATAN KE UTARA
MAHUPUN DR TIMUR KE BARAT
JIKA DIFIKIRKAN KITA MEMPUNYAI RAMAI KAWAN
TP TIDAKKAH ANDA TERASA DI DALAM KAWAN ITU
TERDAPATNYA LAWAN YANG TIDAK DIDUGA OLEH KITA

IA KTE YAKIN,
APABILA KITA RAPAT DENGAN SESEORANG KAWAN ITU
KITA TIDAK AKAN DAN TIDAK MUNGKIN SESEKALI
KITA MENCARI KEBURUKAN RAKAN ITU
KITA MERASA KEKURANGAN RAKAN ITU
KITA TIDAK HIRAU AKAN TANGGAPAN ORANG LAIN TENTANG RAKAN KITA ITU
TIDAK MUNGKINKAN..
KITA HANYA NAMPAK KEBAIKANNYA
KITA HANYA NAMPAK KELEBIHANNYA
KITA HANYA NAMPAK KESEMPURNAANNYA
IA KAN..

TAPI..
BILA SESEKALI ORANG YANG KITA SANJUNGI
ORANG YANG KITA PUJA
ORANG YANG KITA SAYANG
KIRANYA ORANG YANG SEGALA-GALANYA BAGI KITA
MEMBUAT HATI KITA HANCUR BERKECAI BAK KACA
KITA PAYAH UNTUK MENYEMBUHKAN LUKA YANG BERDARAH
DAN PERIT SEKALI UNTUK DI TERIMA
DAN TIDAK AKAN SESEKALI LUNTUR DI INGATAN..

P/S MAAF KEPADA SESIAPA YANG TERASA, KTE DA LAMA MAAFKAN KALIAN TP UNTUK MENERIMA KALIAN KEMBALI DALAM HIDUP INI. HARAP MAAF MUNGKIN TIDAK SAMA SEKALI.. IA KTE TIDAK ADA HATI DAN PERASAAN UNTUK ORANG YANG DA PERNAH LUKAKAN ATI INI..
SALAM..