Sunday, August 23, 2009

Selamat Berpuasa

Hari ni da strt puase..
Alhamdulilah,kte puase arini...
sahur dgn kawan2 umh..
buka sama2 ngn dorg..
walaupun juadah tu xmcm ngn kat rumah..
tp gembira sgt...
dapat pengalaman bru tw..
tp walau mcm mane pun..
buka ngn family lg syok...
dapat mkn lauk ibu masak...
wahhh,syoknya...
pape hal...
Selamat berpuasa tok Sume!!!

Sunday, August 9, 2009

wahai muslimahku..

Saudariku.. Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, Tercipta dari tulang rusuk Adam yang bengkok, Menghiasai taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga , Harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu,Namun.. Tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang,Lantaran duri yang memagari dirinya umpama mawar, Dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya,Serta kilauan warnanya yang memancar indah mengundang kekaguman terhadap sang kumbang..Tapi awas duri yang melingkari,Bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali untuk mendekatinya.. Saudariku..... Aku suka sekiranya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahidah.Bentengilah dirimu dengan perasaan malu,Yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah.. Hiasilah wajah mu dengan titisan wudhuk .. Ingatlah,Bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah ia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah.. Umpama sebutir permata yang didedahkan buat perhatian umum,Dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup..Sudah pastinya keinginan untuk melihat permata yang tersembunyi itu melebihi daripada yang terdedah, Wanita solehah yang taat dan patuh pada Al Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya,Adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.. Namun..Ianya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi,Kerana ianya bercanggah dengan nafsu serakah yang bersarang dalam dirimu,Lebih-lebih lagi title gadis yang kau miliki,Sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.. Sesiapa yang inginkan kebaikan, Maka Allah akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu, Yang penting saudariku engkau mesti punyai azam , usaha dan istiqomah.. Saudariku..... Akuilah hakikat dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki..Seandainya pakaian malumu kau tanggalkan dari tubuhmu,Maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu..Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu, " Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita" Oleh itu saudariku,Setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al Quran dan As Sunnah, Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu..Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam. Kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah,Yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tangan mu.. Saudariku.. Dalam hidupmu pastinya ingin disayangi dan menyayangi,Itulah fitrah semulajadi setiap insani,Namun ramai di antara kamu yang tewas kerana cinta.. Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah, Kerana cinta manusia sanggup menjual agama,Dan kerana cinta maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana sebuah cinta.. Benarlah kata-kata "Sesungguhnya cinta itu buta",Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu,Dalam membezakan perkara yang hak dan yang batil,Apabila kau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT.. Sebelum kau mendekati cinta , Cintailah dirimu terlebih dahulu , Mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik , Yang berasal daripada setitis air yang tak berharga,Lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah.. Semoga di sana mampu melahirkan rasa keagungan,Dan kehebatan terhadapNya,Dan timbul rasa cinta dan kasih pada penciptamu.. Saudariku.. Mencintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk,Adalah cinta yang hakiki dan abadi,Kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk,Pastinya akan bertambah retak dan terburai.Tapi apabila hatimu diserah kepada Allah,Sudah pasti ia akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu, Sibukkanlah dirimu dengan ilmu,Yang mampu mempertajamkan akal dan mampu membina syakhsiah muslimahmu.. Sesungguhnya ilmu itu cahaya,Dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Buat akhirnya terimalah kata-kata seorang ahli sufi,iaitu Rabiatul Adawiah sebagai renungan bersama : "Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagian yang abadi untuk seseorang insan , Kerana ia tidak kekal , Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal , kecewa , menderita dan terseksa, Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi,Kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri."
Rahsia Mata LelakiMalam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan. Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki. Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitanJadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya. Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan. Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan. Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya. Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa? Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki. Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu. Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan. Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat. Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT. Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat.

RAHSIA BULAN KELAHIRAN

Januari- Mudah jatuh cinta terhadap individu yang mempunyai daya tarikan- Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati- Sukar setia pada yang satu.- Pandai mengambil hati pasangannya tapi mudah melukai pasangannya- Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannyapasangannya cemburu terhadapnya.- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.- Pasangan ideal untuk individu yang lahir dalam bulan Januari selalunya dilahirkan dalam bulan 3, 6,8,11.- Kebanyakan bangsa Cina yang ramai lahir dalam bulan ini.

Febuari- Sukar untuk jatuh cinta tapi mudah untuk mengkhianati pasangan.- Amat hormat kepada pasangan.- Amat suka memikat pasangan.- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran(hanya pasangannya yang tahu)- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.- Kurang beremosi terhadap pasangannya.- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.- Pasangan ideal: Lahir bulan 5,9,10,12

Mac- Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati- Sangat baik dalam menjaga perhubungan-Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.- Persaan cemburu yang minima.- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.- Suka menuduh melulu tanpa usul periksa.- Berprasangka terhadap pasangan.- Pasangam Ideal: Lahir dalam bulan 1,5,10,12.- Kebanyakkan orang Eropah lahir dalam bulan ini.

April- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta dan amat memilih pasangan.- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.- Sentiasa ingin diberi perhatian.- Amat cemburu dalam perhubungan.- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.- Romantik dan terlalu romantik- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.- Kebanyakan orang yang lahir dalam bulan ini boleh dianggap ’hamba cinta’ seperti Laila, Juliet, Siti Zulaikha.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 4, 7,11,2- Kebanyakan bangsa India yang lahir dalam bulan ini.

Mei- Amat mudah jatuh cinta.- Baik dan jujur dalam perhubungan.- Pandai menarik hati pasangan.- Perasaan cinta yang mendalam.- Mudah untuk dipujuk.- Kurang suka untuk sentiasa bersama.- Mudah menerima cinta seseorang.- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control)- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.- Ambil berat dalam menjaga hubungan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 6, 9, 10, 11

Jun- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.- Cerewet dalam hubungan.- Selalu beremosi.- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.- Cepat rasa bosan dalam percintaan.- Kurang yakin dalam perhubungan.- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.- Dahagakan pujian dari pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1,3,5,8.

Julai- Amat suka didampingi pasangan.- Sukar dimengerti oleh pasangan.- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.- Amat menghargai kesetiaan pasangan.- Mengambil berat dan mengasihi pasangan- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadap individu yang dicintai,- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.- Suka merajuk dan dipujuk.- Setia terhadap pasangan.- Suka mendengar dan tidak suka membantah.- Cemburu terhadap pasangan.- Suka menilai dan menjaga perhubungan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 4, 6, 7

Ogos- Tidak serius dalam perhubungan- Mengambil mudah dalam perhubungan- Kesetiaan di ragui.- Pandai memujuk pasangan- Suka memimpin pasangan.- Romantik, Pengasih dan Penyayang.- Kelam kabut dalam perhubungan.- Sering bertukar pasangan- Sukar mencari pilihan yang tepat- Sangat sensitif dan tahap cemburu yang minima.- Mudah meluahkan kat cinta pada sesiapa yang berkenan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 1, 6, 10, 12- Kebanyakan bangsa Bani Israel dizaman Arab Jahiliyah yang lahir dalam bulan ini.

September- Bersopan dalam hubungan- bertolak ansur terhadap pasangan- Suka mengkritik pasangan- Sangat prihatin terhadap pasangan- Sangat sensitif dan emosi- Pandai memahami pasangan- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan- Amat memilih pasangan- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.- Mudah simpati dengan perasaam dan masalah pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir dalam bulan 3, 6,8,11

Oktober- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.- Sopan terhadap pasangan.- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.- Mudah terluka hati sekiranya pasanangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.- Sukar menerima pandangan pasangan.- Emosi yang mudah terusik.- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.- Cemburu dan terlalu cemburu.- Romantik- Memahami pasangan.- Pasangan Ideal: Individu ini ramai pasangan yang sesuai dengannya 1,2,4,5,8,9,10,12.- Kebanyakan bangsa melayu yang lahir dalam bulan ini.

November- Banyak helah dalam menghadapi pasangan.- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.- Degil dan engkar dengan pasangan.- Tidak suka dikongkong oleh pasangan.- Mudah ambil berat terhadap pasangan.- Tidak menghargai perhubungan.- Sambil lewa dalam perhubungan.- Emosi yang mendalam dan tidak romantik langsung.- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.- Kurang menhargai pasangan dan hal-hal percintaan.- Kurang bersama dengan pasangan.- Pasangan Ideal: 4, 7

Disember- Pemurah terhadap perhubungan- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.- Tergesa-gesa dalam perhubungan- Suka didampingi oleh pasangan.- Benci dikongkong.- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu (utk lelaki)- Suka mempengaruhi pasangan- Curang dalam percintaan.- Kurang berkerjasama dengan pasangan.- Selalu cuba untuk mencari pasangan yang baru- Mudah menipu dan tidak jujur terhadap pasangan.- Pasangan Ideal: Lahir bulan 3, 9, 11, 12.
LELAKI SUKA BILA PEREMPUAN

WANITA BERSIFAT KEIBUAN
· GAYA LEMAH LEMBUT DAN BERPERAWAKAN SEDERHANA MUDAH MERUNTUN JIWA LELAKI. MUSTAHIL SEORANG WANITA SEBEGINI MASIH MEMBUJANG.

WANITA MATANG
· LELAKI TERUJA APABILA BERDEPAN WANITA YANG MATANG. BIJAK, PANDAI MEMBUAT KEPUTUSAN DAN TIDAK MERIMASKAN ADALAH KUNCI KEJAYAAN MENJADI KEKASIH PUJAAN SEORANG LELAKI.

WANITA YANG MENJADI DIRINYA SENDIRI
· JANGAN MENJADI ‘ PLASTIK ’ SEMATA-MATA UNTUK MEMENANGI HATI DAN PERASAAN SEORANG LELAKI. LELAKI LEBIH GEMAR DAN SELESA BERBUAL DENGAN WANITA YANG TIDAK KEKOK BERBICARA.

WANITA BERPOTONGAN BADAN MENARIK
· JANGAN PULA TERASA HATI ANDAI TIDAK MEMILIKI BENTUK BADAN IDAMAN. SEBALIKNYA, YAKIN PADA DIRI SENDIRI DAN PENTING SEKALI MENGAMBIL PEMAKANAN SIHAT.

WANITA BERTERUS TERANG
· PANTANG BAGI SEORANG LELAKI APABILA SEORANG WANITA CUBA MENYEMBUNYIKAN RAHSIA DIRINYA. LELAKI SUKA APABILA WANITA BERTERUS TERANG DAN TERBUKA.

WANITA YANG SEDERHANA
· USAH PULA MENUNJUKKAN ‘ SAHAM ’ ANDA YANG KONONNYA TINGGI DENGAN MEMINTA ITU DAN INI. LELAKI TIDAK SUKAKAN CABARAN DAN SITUASI YANG SUKAR KERANA MEREKA GEMAR SESUATU LEBIH BERSIFAT SEDERHANA.

WANITA YANG PANDAI MEMASAK
· JANGAN MERASAKAN KECANTIKAN SUDAH CUKUP MEMBELI JIWA SEORANG LELAKI. SEBENARNYA FAKTOR MEMASAK JUGA MENJADI KUNCI KEJAYAAN DALAM MENAWAN HATI SEORANG LELAKI. RAJIN- RAJINLAH KE DAPUR.

WANITA PANDAI MENJAGA HATI
· KEPERIBADIAN WANITA YANG LEMAH LEMBUT MUDAH UNTUK DIDEKATI DAN DISAYANGI LELAKI. JANGAN SESEKALI MEMBANGKITKAN PERKARA YANG MEMBUATKAN DIRINYA CEMBURU DAN MENYAKITKAN HATI.

WANITA YANG MANJA
· MANJA BUKAN BERERTI MENGADA-NGADA. MANJA YANG DISENANGI SEORANG LELAKI ADALAH MILIK MUTLAK DIRINYA SEMATA-MATA. JANGAN PULA MENUNJUKKAN SIKAP SAMA DENGAN LELAKI LAIN SEHINGGA MEMBANGKITKAN RASA CEMBURU. AWAS!

WANITA YANG MENGHORMATI DIRINYA
· SUDAH MENJADI RESAM LELAKI UNTUK MENGUASAI DAN SEORANG WANITA ITU PERLULAH MENGHORMATI DIRINYA SEBAGAI KETUA.
































LELAKI BENCI BILA PEREMPUAN

WANITA JUAL MAHAL
· LELAKI MEMPUNYAI EGO YANG TINGGI.JANGAN SESEKALI MELETAKKAN DIRI ANDA UMPAMA SEORANG RATU.AKIBATNYA SUKAR UNTUK MEMUJUK KEMBALI HATI SEORANG LELAKI.

WANITA EGO
· EGO SEORANG WANITA TIDAK BOLEH MENGATASI SIFAT SEMULA JADI LELAKI.JIKA KWDUA-DUA EGO BERTEMU,ALAMATNYA MEMANG TIDAK KEMANA PERHUBUNGAN ITU.

WANITA MENGONGKONG
· MUNGKIN SEORANG WANITA BERASA SIKAP MENGAMBIL TAHU SEBAGAI BUKTI CINTANYA,TIDAK PULA BAGI LELAKI.LELAKI HANYA MENGANGGAP DIRINYA DI KONGGKONG APABILA SEMUA PERKARA DILAKUKANNYA INGIN DIKETAHUI PASANGANNYA.

WANITA SEKSI
· JANGAN SESEKALI MERASAKAN IMEJ SEKSI BOLEH MEMBELI JIWA SEORANG LELAKI.TANGKAPAN ITU SALAH,SEBALIKNYA SEKSI DI MATA LELAKI LEBIH KEPADA PERAWAKKAN SEMULAJADI DAN KELEMBUTAN PERIBADI SEORANG WANITA.

WANITA MENGADA-NGADA
· TERDAPAT DUA FAKTOR BERBEZA ANTARA WANITA MANJA DAN MENGADA-NGADA.LELAKI CUKUP MUAL BILA BERDEPAN DENGAN WANITA MENGADA-NGADA HINGGA MERIMASKAN MEREKA.

WANITA TERLALU MENDESAK
· PANTANG SEORANG LELAKI APABILA DI DESAK UNTUK MELAKUKAN PERKARA YANG TIDAK DISENANGI.JANGAN MEMAKSA SEBALIKNYA BERBINCANG DENGAN CARA BAIK SEBELUM MEMBUAT KEPUTUSAN.

WANITA YANG TERLALU MEMUJI DIRI
· TDAK PERLU TERDESAK UNTUK MENONJOLKAN KEHEBATAN DIRI SENDIRI SEHINGGA BOLEH MENJEJASKAN KESELESAAN SEORANG LELAKI.BIARLAH PUJIAN ITU DATANG DARI MULUT SEORANG LELAKI.

WANITA YANG MATA DUITAN
· JANGAN PULA MENONJOLKAN SIKAP (PISAU CUKUR DENGAN MEMINTA ITU DAN INI SEHINGGA SUKAR DI BERI SEORANG LELAKI)

WANITA YANG HIPOKRIT
· LELAKI BOLEH MEMAAFKAN KESALAN WANITA TETAPI JANGAN SESEKALI BERSIKAP HIPOKRIT DALAM PERHUBUNGAN SEHINGGA MENGERUHKAN KEADAAN.

WANITA YANG KUAT CEMBURU
· BELUM PUN SAMPAI KE GERBANG PERKAHWINAN WANITA SUDAH CEMBURU TIDAK TENTU PASAL.PERLU DI INGATKAN,LELAKI MUDAH BOSAN DAN TIDAK SUKA DIKONGKONG DENGAN PERKARA YANG REMEH TEMEH.

bezA lelaKi dAn waniTa

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN? Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa) Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. Wanita Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita .... Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.
Adam, kau mengertilah
Bimbinglah hawa ke jalan yang diredhai Allah
Tapi hawa tahu adam sekarang sudah banyak berubah
Dah tak macam dulu lagi pun
Kenapa adam jadi begini?
Apa salah hawa?
Siapa yang mendorong adam?

Adam kembalilah
Hawa rindukan adam
Tapi adam perlu ingat kasih sayang yang hawa berikan
Tidak setanding cinta hawa terhadap yang esa
Hawa harap adam dapat mengerti
Apa yang hawa maksudkan
Maafkan hawa, adam!

Adam kembalilah
Bimbinglah hawa semula
Tolonglah adam
Hawa tidak mahu dipandang serong oleh kaum hawa dan adam sendiri
Jangan kerana adam
Hawa menjadi musnah
Adam tolong hawa ya
Hawa tahu tanpa hawa
Adam tidak boleh hidup dengan aman
Maka adam bimbinglah hawa supaya
Hawa suci dimata adam

Hawa perlukan adam
Adam perlukan hawa
Itu lumrah duniakan adam
Berubahlah adamku...
Keseronokkan didunia hanyalah sementara
Nantikan di syurga untuk menikmati keindahan abadi bersama...