Saturday, February 20, 2010

- dugaan hidupku -

Ya allah ape pula dugaan yg kau berikan kpd ku ya allah.. tlampau byk dugaan yg patut aku tempuhi ya allah. Ape dosa ku kpd mu sehingga aku kau uji begini ya allah. Aku tak tahan lg mnempuhinya lg. Aku lbh rela mati dr terjerat dr situasi begini ya allah.. siapa kwn aku sbnrnya???. Semuanya musuh dlm selimut. Aku jht ke? Ape slh aku.. knape krna dia aku di uji sebegini.. aku lbh rela mati kalo kau memberikan aku pilihan aku tlampau lemah n tidak kuat dlm menempuhi dugaan neh.. aku lbh rela mati.. knape dia muncul dlm hdp ku shinnga hdpku penuh dgn kesusahan ni.. aku xsanggup lg.. bantu la aku ya allah.. hanya padamu shja aku bmohon. Hanya padamu aku berserah n hnya padamu aku memberikan sepenuh kpercayaan. Ya allah, kau kekasih ku, kau segala-galanya bgku.. bantulah aku dlm mgharungi dugaan ni.. mcm2 sgt dugaan aku setelah umoku meningkat dewasa ni.. selain mu ya allah, aku cme ada yaya yg sentiase fhm aku.. aku xtw knpe n ape sbbnya sume kwn aku jd begini.. aku tension sgt2!!.. lbh baik aku bunuh drikan ya allah tp kau tidak suka org yg begitu.. aku tak mahu kau melihatku sebagai hamba yg keji.. aku ingin kn kemuliaan di sisi mu ya allah.. lg satu ya allah.. dtgkan la minat blaja dlm driku.. aku tahu walaupun aku bdh, pelajaran itu penting dlm hdp. Wlupun xmpunyai harta,kwn,n ape2 shja yg xbisa aku miliki tp ilmu pengetahuan dpt menolongkukn ya allah.. wlupun kau tidak memberikan kemanisan persahabatan dlm hdpku tp aku ttp bersyukur kau telah memberikan aku keluarga yg tiada bandingannya dgn sesiape pun.. itukn keistimewaanku ya allah.. terima kasih kerana kau masih syg kpdku.. alhamdulilah!!.. kau jgn amek kmanisan keluargaku drpd ku ya allah.. aku tiada siapa lg selain mereka.. walaupun kami sekeluarga hdp dlm keadaan sederhana tp aku sgt bahagia.. aku syg ibu, aku syg ayh, aku syg adik2 aku.. merekalah kekuatan aku disini.. aku blaja pun kerana mereka. Aku ingin bantu mereka.. aku inginkan adik2 aku mdapat kemewahan seperti kwn2 mereka.. aku akan berusaha untuk mendapatkan sbyk mane kkayaan yg akn aku perolehi dgn nikmatmu ya allah..jika menjadi kenyataan kekayaan adalah milikku kau jgn pula lupa untuk menegurku supaya ingt kpdmu ya allah.. jgn adakan sifat riak dlm hatiku.. dan aku berharap n bermohon supaya niatku yg satu itu menjadi kenyataan dlm hdpku.. amien!! Sekali lg ya allah aku bermohon kuatkan la aku, bg kn la aku segala2 nya untuk aku menempuhi hdp di dunia ini.. wlupun aku tidak mempunyai kwn yg btl2 fhm aku di sini tp tlglah jgn amek yaya dr aku.. dia segala2nya dlm hdpku selain fmly aku.. syg yaya sgt2..

aku chw dlu!!jmpe lg dlain waktu..

salam..

sahabatku kalian


Kini tibalah sudah,

Untuk aku mengatur langkah,

Dunia baru yang ditujui,

Semoga memberi 1001 erti.

Dulu kita pernah bersama,

Bersatu mengejar cita-cita,

Tapi kita terpisah jua,

Kerana takdir yang meminta.

Kalian sentiasa dalam ingatan,

Takkan mungkin sesekali dilupakan,

Persahabatan yang terbina,

Diharap kekal ke akhir masa.

Aku bersyukur ya Tuhan,

Kerana telah merestui keinginan,

Inilah titik permulaan,

Untuk aku mencapai kejayaan.

Doa kudusku ini,

Akan sentiasa menemani,

Dengan kehendak Ilahi,

Pasti kita akan bertemu lagi.

Aku tidak tahu apa yang menunggu,

Aku tidak tahu keadaanku di situ,

Satu permintaan dariku,

Doakanlah yang terbaik untuk diriku.

Tidak sabar menanti waktu itu,

Di saat kita semua bertemu,

Namun hakikat yang sebenar,

Kehidupan harus ditempuh dengan sabar.

Teruskan perjuangan,

Teguhkan keazaman,

Tempuhi halangan,

Insya’Allah,

Kejayaan dalam genggaman!

Friday, February 19, 2010

dimana cintaku yang hakiki..

Kemanakah cinta kita menghilang Ya Allah?
Ke hutan belantara ke gaung curam kucari.
Tapi tiada kujumpa ya Allah.
Tiada kujumpa!
Adakah ia telah lenyap buat selamanya?
Terhembus keluar dari atmosfera cintaku?
Tak layakkah diriku untuk menikmatinya hingga nafas terakhirku?

Jangan begini,
aku tidak mampu ya Allah.
CintaMu itu umpama desiran bayu.
Yang perlahan-lahan mengusap jiwa
Yang perlahan-lahan membuatku bahagia
Aku cemburui Rabiatul Adawiyah ya Allah
Mengapa bukan aku yang Kau pilih?
Mengapa bukan aku?

Jangan sampai satu titik hitam itu memusnahkan yang lain juga.
Aku tahu kelemahanku ya Allah.
Aku tahu itu. Dan sebenar-benarnya aku tahu.
Lantas, inilah yang aku bimbangkan.
Bisikkan pada pintu langit, jangan biarkan aku menunggu lagi

Teratai putih, menjelmalah!
Pari kecil, bawalah...
Debunga sakti, terbanglah...
Dan CINTA, kembalilah!

kemana cinta kita menghilang ya Tuhan?

jangan biarkan aku meninggalkanMu lagi ya Tuhan
jangan sampai aku jadi insan munafik
nauzubillah
aku gembira dan bahagia
jika hanya Kau bisa kembalikan cinta kita ya Allah

Muslimahku sayang .

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........

Wednesday, February 17, 2010

life + +

hm..kte ada cte neh..kte bkn nk bwt gempak tp kenyataan tw.. kte g msj slh sorg member kte dlu tw.. kte pun xsngka kte leh bwt gitu..hehe.. tp kte rindu la kt korg..huhu.. nmpk je kte kuat tp dalam span je..hehe.. ape la kte neh.. nk jmpe ngn korg tp kte segan kdg2 tkt gk xdlyn cm dulu kala gk..huhu.. sedih gle la.. hah,lg 1.. nape kte ske pk negatif kt org ek.. tp tu lumrah manusia kn.. tp tu la kenyataan yg kte hadapi skrg.. sian kwn kte sorg neh tw.. abis kne siasat ngn kte..hehe.. maaf la ye 'kwn kte'.. heheh.. kte harap sgt2 ukhwah yg terjalin dsini akn bsambung kmbali..amien!!!
kte harap sgt2!!..

smoge perkara yg baik ni,dapat pertolongan dan kereadaan dr Allah swt.. n doa sgt2 jgn sesekali kte bermain dgn api. n ape yg kte bwt neh btl..hehe..

alhamdulilah sejak kte ambil decision like tat hati kte tenang sgt2.. ramai org bg dorongan sume.. thnx yaya,yan,deqna n spe2 je la yg ada tlg kte.. thnx sgt k..

chw!

Wednesday, February 10, 2010



teman..
kau hadir umpama sinar...
memberi seribu mimpi..
membawa sejuta seri...

teman..
kau teman yang sejati..
tidak akan mati di hati sanubari..
tidak akan luntur tegak disisi..

teman..
kau tahu siapa aku..
temanmu setia selalu..
walau badai datang berlalu..
aku tetap teman sejatimu..

teman..
andai kata masa mencemburui..
apatah lagi mahu meminggir..
ku tahu maksud hatimu..
ku faham erti jiwamu..
kita tetap kawan sejati..

teman..
hadirmu pematah seri..
tatkala emosi menghantui..
jiwa mu menjiwai..
kita saling memahami..

teman..
andai kata suatu hari nanti..
kita akan berpisah sepi..
kau tahu aku disini..
sentiasa teman sejati...

sains dalam bercinta

Bila jatuh cinta, kamu rasa seperti berada di awang – awangan. Semuanya manis – manis belaka. Tapi, tahukah kamu yang jatuh cinta ini sebenarnya merupakan satu tindak balas kimia dan ia bukanlah sekar mainan hati dan perasaan. Kalau kamu nak tahu, otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian – bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita. Haaa baca lebih lanjut kalau kamu nak fahami apa sebenarnya yang berlaku pada diri kamu mengikut tahap – tahap tertentu.

“ eee syoknya dekat dia!! ”

Ha perasaan sebigini disebabkan oleh dopamine. Dopamine membuatkan kamu menyukai seseorang. Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara – perkara romantik. Dengan dopamine, kamu mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamine juga membuatkan kamu rasa bertenaga dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “ asyik bercinta ” memang wujud.

“ siang, malam, 24jam asyik teringatkannya ”

Serotonin membuatkan kamu terlalu menggilai si dia. Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya ataupun asyik mengekorinya ke mana-mana sahaja. Pendek kata, gila bayanglah tu! Kamu tidak akan menyedari segala perlakuan ini kerana tahap serotonin yang rendah telah menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.

“ adakah kami akan kekal selamanya ”

Oksitosin membuatkan kamu berfikir kamu akan kekal dengannya. Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila baying kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalinkan hubungan yang serius.