Tuesday, December 28, 2010

seratus satu fakta

Buhsan2 ni, ape kata aku bg 101 benda yg berkaitan ngn diri aku. Ni pasal terjebak ngn blog intan la ni. HAHA. Dah2 jgn byk ckp jom bce..

  • 1. Aku ni anak sulung tau, tp ramai pulak yg ckp aku ank last. Xfhm btl la
  • 2. Aku xreti melintas. Wat malu je kn. Tp syires aku xreti. Mesti kne ade org pegang kalo x sampai esk la aku kt seberang jalan tu. Haha
  • 3. Aku minat gle math
  • 4. Ade hajat ! secret deh. Aku ngn yaya je tau..
  • 5. Xreti bwk motor. tp mase kt bangi pernah dicabar bwk moto. Aku berjaya !
  • 6. Tak tahan pedas. Berapi telinga aku. Ade org ckp aku mulut baby.. haha
  • 7. Kwn2 panggil aku ATIP. Tp name aku AWATIF. Ske2 korg je kn tkr name aku. Tp xpe dah lali dah ngn ATIP tu.
  • 8. Aku takut + geli dgn kucing. Tapi mencari 'seseorg' yg suka kucing. Supaya kalau kucing datang dekat aku. Dia boleh menjadi 'superKUCING'.
  • 9. Nk g korea. Xkira nk g jugak
  • 10. Aku minat gle ngn cte korea. Lg2 cte BOYS OVER FLOWER, HE’S BEAUTIFUL n others la..
  • 11. Ske lee min ho
  • 12. Ske jang geun sok. Nk tau g la search.
  • 13. Kwn2 kta aku manja,lembut, tp dah kenal ‘ganas la ko ni tip’. Aik lain pulak bunyinye.
  • 14. Payah nk rapat ngn org bru kenal. Tp bila dah kenal korg pulak yg menyesal xkwn ngn aku. Haha terlebih sudah!
  • 15. Aku tiap2 hari msj ngn yaya.
  • 16. Aku dgn rasminya berkata ‘katakan TIDAK PADA COUPLE’. 'Syires talking'.
  • 17. Aku xreti ckp TAK, TIDAK, TAK BOLEH , NO. arghh
  • 18. Org ske pijak kepala aku. Mentang2 la aku ni lembut. Cewah!
  • 19. Panas baran tp cepat sejuk
  • 20. Cepat salah sangka
  • 21. Cepat merajuk. Tp prince charming xpujuk2 jugak.. sedih! Haha
  • 22. Sensitip awatip gitu.
  • 23. aku sayang keluarga aku lebih dr diri aku
  • 24. aku ske kaler PURPLE tp kenapa brg aku byk kaler PINK ??
  • 25. muka cpt blushing kalo kne ejek. Malu tau. Ye kawan2.
  • 26. Jangan sesekali bwt aku terluka,ia akan terluka selamanya. WARNING !
  • 27. Aku xmatang
  • 28. Trademark aku GARANG !! tp garang ke??
  • 29. Kne ade batal peluk bru boleh tido. Xpun pape je la yg boleh dipeluk. Hee
  • 30. Say yes to camera DSLR Nikon !
  • 31. Saya sangat-sangat Setia !
  • 32. love blogging
  • 33. Xske kuku panjang
  • 34. Xske mengungkit,penipu,dan sewaktu dgnnye.
  • 35. Jam paling mahal aku bli RM270.. haha.. elle!!
  • 36. Ske gelak kuat2 sampai kne tego.
  • 37. Suara sy perlahan so korg kne dgr betul2 ye. Kang ckp kuat2 nyaring pulak tu
  • 38. Ske sgt makan ayam! Nyum2..
  • 39. Ske berangan dpn cermin, sambil menari2.. mari menari bersama.. yeah!!
  • 40. Nk sgt jd cm IRMA HASMIE.. Penghijrahan yg baik
  • 41. Nk abg nk akk tp cukup la ade 3org adik yg mental disorder.. hehe. Gle la adk2 sy ni.
  • 42. Terlalu obsess ngn budak gumuk sbb dorg nmpk comel ble jalan. Terkedek2 gitu
  • 43. Xreti makeup! Please la wey.
  • 44. Syg gle kt bdk2 agen 014 & 016
  • 45. Nk blaja tinggi2 dpt duit byk2 sbb nk bahagia kn ibu n ayh
  • 46. Xske bende2 lembik!
  • 47. Mengemas+memasak dh A1++ dah.
  • 48. Nk keta Honda accord! Xkira nk jugak..
  • 49. Ibu kata aku anak ayah. Tp yeke??
  • 50. Aku hanya tunggu si dia. Tp mane si dia ?
  • 51. Love novel, buku Islamic
  • 52. Ske myakat adk2, n kawan2 aku.
  • 53. Orang kata sy nakal?
  • 54. Sangat sangat la pemalu !
  • 55. Pyh gle nk bgn pg kalau radio xbunyi sampai mlm semula kot xsdr, haha. Tipu je lebih.
  • 56. Kalau ajr org gerenti bg org tu fhm btl2 kalo x rase bersalah sgt2.
  • 57. Sy cikgu accnt diantara kwn2 sy
  • 58. Dlu sy bengong tp sekarang dah xla bengong sgt
  • 59. Xske msk tp bwt kek pakar. Lg2 kek cklt n kek batik. Nyum2..
  • 60. Sentiase mencari tujuan kehidupan
  • 61. Kalau buhsan selalu bwt that’s tgk tb, tdo, mkn. Sbb tu gumuk. Hehe
  • 62. Xske org tikam belakang. Sakit tau hati ni.
  • 63. Xkan tego org sampai org tego sy
  • 64. Ego yg sangat tinggi la sng cter.
  • 65. Sgt tak suka kpd pengotor, peyepah, pemalas n pepe ape lg ek.
  • 66. Xminum susu
  • 67. Sy allergic seafood tp bantai je kalo dah nak then terima la akibat beruknya selepas itu.
  • 68. Ske air tebu, air kelapa n milo ais!
  • 69. Mskn ibu sy xde yg bleh lwn even chef wan
  • 70. Filem hindi paling ske hum saath saath hain. Tangkap leleh aku tgk cter tu tau.
  • 71. Cpt gelabah
  • 72. Pyh nk ckp direct or terus terang.
  • 73. Walaupun sakit tetap ckp ok.
  • 74. Ske sgt rase bersalah even bukan salah aku pun.
  • 75. Ske pakai bedak sampai penuh satu badan. Sampaikan kne tegor ngn kwn aku. Haha
  • 76. Xbleh kurang tdo, nnti mesti pening. Kalo overnight pun kejap je dah hilang dilamun mimpi. Hehe
  • 77. Korg dpt nilai aku ble korg dah jd kwn aku ye kn. ?
  • 78. Ramai org kata aku bru f5. Awet muda sungguh.
  • 79. Kalo dah balik umh gerenti terperap je la kat umh. Nk kuar mesti tahap baban punye malas.
  • 80. Prinsip aku jgn kata orang kalau kte sendiri tak betul.
  • 81. Ade org kata aku sombong ? aku peramah tau kalo korg dah knl betul2.
  • 82. Kwn aku selalu ckp ‘ atip bdk kecik lg xbleh tahu bende2 ni lg ’ . xbaik tau aku pun nk tau jugak.
  • 83. Seorg yg buruk mata. Tgh stdy pun leh pk pasal tdo. Haha
  • 84. Sgt xpuas hati ble xdpt jwpn
  • 85. Aku tak ske org sibuk pasal aku. Ni xbleh itu xbleh dia pk dia bgs sgt ke ?
  • 86. Sangat sangat emo, senang cte cepat tersentuh la. L
  • 87. Nk jumpe mia sara nasuha @ amani.
  • 88. Mandi paling cepat 15min. kalo xketuk pintu gerenti pyh btl nk kuar.
  • 89. Pernah dijdhkan dgn ank kwn ayh. Tp xde jdh. Dia dah meninggal dunia. Xcident mtr!. Jumpe dia kt syurga je nnti . amin!!
  • 90. Ibu bilang ‘ belajar sampai degree je,jgn lewat2 sgt, xingt nk kawen ke?? ’
  • 91. Kepala kte sedikit biol. Kwn2 aku ckp aku ketua biol
  • 92. Takut mandi laut tp ske sangat2 kt pantai.
  • 93. Teringin nak candle light dinner dgn yg 'berhak' sahaja.
  • 94. Love coklat ! yummy..
  • 95. Katakan tidak pada rokok, perokok dan seangkatan dgnnya.
  • 96. Xske bola.
  • 97. Deqna cuba jgn ajr Atip bende yg xelok’. Haha. Sian deqna, dia xajr aku pun aku je yg selalu ajr dia. Choot!..
  • 98. Xbleh dgn habuk. Jap je muka dah gatal, selsema, batuk, sakit tekak!
  • 99. Nk blaja bhsa korea n mandarin..
  • 100.ske mawar sbb dia mencabar.
  • 101.Xske angkat fon ble nmbr tu xknl. Maafla ye. Hehe

Dah la ye itu je yg termampu bwt untuk mse ni. Bace la. Kalau spe2 bce plez leave ur comment k. leh la kte memperbaiki diri mane2 yg kurang tu. Thnx!.. tamat sudah sy membebel dlm blog sy ni.

Monday, December 20, 2010

sanggup kan ?

ye korang!
dlu bukan main baik lg ngn aku
tp skrg dah xde dah
aku mscll xde respond, aku msg xreply
hesh!
dah jumpe kwn baru lpe kt aku kn..
xde gne kte bwt name dlu sme2
dah xde gunanye lg kn kt ko
aku ni mcm tempat kau meluahkan masalah aje
knpe xcari kwn2 yg baik2 tu

SYIRES, TERKILAN DOH AKU NGN KAU !

Friday, December 17, 2010

Mari Mari Aku Khabarkan Tentang Chenta

Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus. Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi. Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.

Keunikan Chenta.

Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis. Lalu kita membicarakan tentang cinta. Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta.Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga yang hebat?

Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya. Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri. Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus. Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.

Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.

Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.

Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana. Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua. Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berjuang.

Bicarakan tentang Cinta.

Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini.Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia. Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya .Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung.

Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya. Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi. Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi. Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.

Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya. Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri. Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya. Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang tidak terjangkau oleh masa. Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya. Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta. Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.

Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan? Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?

Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku. Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak. Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua. Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia. Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.

- Artikel iluvislam.com

i luv you, before i met u

Ingin menyayangi dan disayangi adalah fitrah setiap manusia. Bohonglah sesiapa yang mengatakan "aku tak perlukan sesiapa dalam hidup... hidup matiku hanya untuk Allah." Rasullah sendiri pernah menegur seorang lelaki yang sanggup berlapar dan enggan berkahwin semata-mata ingin mengabdikan diri kepada Allah.

Kita semua memerlukan seseorang dalam hidup untuk berkasih sayang. Namun, janganlah keterlaluan sehingga menjadikan matlamat berkasih sayang sebagai satu-satunya matlamat dalam hidup. Misi kita dalam hidup ini perlu perlbagai. Sebagai hamba Allah, tentu sekali, matlamat utama adalah untuk menjadi seorang mukmin yang bertakwa. Maka, dalam perjalanan kita menjadi mukmin yang bertakwa, pastikan misi-misi kita yang lain juga seiring dalam mencapai matlamat yang utama. Ini termasuklah misi kita mencari pasangan yang terbaik.

Kebanyakkan wanita yang saya temui, menyayangi 'suami'nya lama sebelum mereka jatuh cinta. The idea of finding & marrying the best menyebabkan mereka mendambakan seseorang yang mempunyai sifat dan sikap yang baik dan terpuji. Kebetulan pula, contoh lelaki yang mereka lihat menepati ciri-ciri tersebut akhirnya benar-benar menjadi suami mereka. Wallahualam, ini perancangan Tuhan. Setiap orang sudah ditetapkan rezekinya (termasuk jodoh) dan Allah Maha mengetahui apa yang didalam hati setiap insan.

Berikut adalah beberapa wanita yang 'menyayangi suaminya' lama sebelum mereka jatuh cinta...

Kisah Kak R
Saya bertemu beliau di satu kursus dan kebetulan menjadi rakan sebilik saya. Entah macam mana terkeluar cerita kahwin. Saya tanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut Kak R, mereka berdua satu universiti tetapi tidak pernah berbual. Kak R akui, suaminya semasa zaman pelajar adalah antara pemuda yang 'baik-baik'. "Ada satu kali, masa tengah bersembang dengan seorang kawan perempuan, dia (suami) lalu di tepi kami. Akak berbisik kat kawan, andai aku diberikan suami, nak yang macam dia...." beritahu Kak R sambil tersenyum.

Kisah H
H sepupu yang baru balik dari Syria. Saya bertandang ke rumah mereka untuk meraikan majlis walimah beliau dan abangnya. Malam itu, saya menumpang tidur sebilik. Saya bertanya,"bagaimana boleh kenal?"

Menurut H, dia sudah mengenali suaminya sepanjang pengajian di Syria dan kebetulan adalah kawan baik abangnya. Namun, mereka tidak pernah bersembang lebih dari urusan persatuan. Beberapa bulan balik dari Syria, si kawan abang masuk merisik. Akui H, "walaupun kami tidak pernah bersembang, saya kagumi sifat dan sikap beliau. Harapan saya masa kat Syria dulu, semoga saya memperolehi bakal suami sebaik beliau," beritahu H, tersipu.

Kisah A
Saya berjumpa A di satu Konvensyen Islam di Amerika. Usianya masih belasan tahun. Ketika itu, usia saya baru menginjak 22 tahun. Apabila mendapat tahu dia baru seminggu melangsungkan majlis walimahnya, sambil mengenggam tangannya dan gelak gembira, saya berkata,"I'm sooo jealous..."

A balas genggam tangan saya sambil memandang tepat ke mata, "you should not say that to a friend. You should say, I'm happy for you," dia tersenyum sambil menambah,"...and ask Allah to give me the same happiness."

Perancangan dan ketentuan Tuhan amat cantik, malah janjinya dalam surah An-Nur ayat 26 cukup tepat, "Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."

Namun, tiada siapa dapat meramal siapa jodoh yang telah di tetapkan. Tetapi, the idea of finding & marrying the best, harus disematkan. Allah Maha Mengetahui apa yang dihati setiap manusia. Dan, Dia juga Maha Mengetahui apa yang terbaik.

Bagi saya, dari dulu (semenjak timbul keinginan untuk berkahwin), saya mendambakan yang terbaik untuk diri, keluarga, agama dan masa depan. Alhamdullilah, dalam perjalanan itu saya ditemukan dengan kawan-kawan yang memberi erti pada istilah terbaik...

Saya mendoakan agar kawan-kawan yang yang sedang mencari rezeki (jodoh) masing-masing supaya jangan putus asa. Allah mendengar isi hati anda. The idea of finding & marrying the bestbukanlah sesuatu yang fairytales. Ia telah berlaku kepada beberapa pasangan dan InsyaAllah, ini juga boleh berlaku pada anda.

Saya akhiri dengan satu petikan dialog dari novel The Notebook oleh Nicholas Spark "The best love is the kind that awakens the soul and makes us reach for more, that plants a fire in our hearts and brings peace to our minds. And that's what you've given me. That's what I'd hoped to give you forever."

dari Artikel iluvislam.com

Tuesday, November 23, 2010

Khas untuk Dye..

aku tak tahu sejak bila, Dye dah wujud dalam fikiran aku..
aku tak pernah perasan, perasaan ini wujud
dari seorang kawan berubah menjadi seorang yang selalu yg berada dlm fikiran aku..
kadang kala aku buntu dengan perasaan aku ini..
aku macam ada sense pulak ngn Dye ni..
aku macam dapat tahu apa yang akn berlaku pada Dye..
argghh,, xsuka la dapat feeling camni..
dah la ape yg aku dapat rase ni betul plak yg terjadi kt hidup Dye..
tapikn kenape pulak ek aku dapat rase ?
whatever pun kn, Dye yg aku sayang..
tapi pelik tau..
orang kata bila kte suka kt orang tu, kte rase dupdapdupdap bile berdepan..
tapi aku lebih relax bile ngn Dye..
kadang2 aku pun xfaham dengan diri aku ni..

I miss Dye damn much ! ! !...

p/s : aku just minat je kt Dye.. xlebih ! syires,, hehe..

Mencipta kenangan di KPTM

Ya Allah, rase sedih sangat2 sewaktu last kt hostel..
Rase macam nk ulang balik je sem2 yang lepas..
Tapi apekn daya, hidup perlu diteruskan..
Aku rindu kawan2 aku yg biol tu, kt Dye, kat kawan2 sume r senang cte..
Arrgghhh… rindu sangat2 kt korg..
Syires doh, aku akn menyesal gile2 kalo aku tolak tawaran msk KPTM dlu..
Even aku dapat tempat yg lebih baik pun..
Mungkin Allah lebih tahu..
Aku akan lebih bahagia di sana..
So, DIA bukak kn pintu hati aku untuk continue study kt sana..
Thnx sume kerana sudi kawan ngn aku
Ye, aku jd berubah gile bila dapat berjauhan dr family ni..
Yela kn, kne byk buat benda sendiri..
Dah xsangat minta tolong dr ayah,
Kalo tak sikit2 ayah, itu ayah ini ayah..
Hesh, ape la aku ni kn..
Tp sejak aku masuk sane, aku dapat bedikari sendiri
Dapat belajar dengan tenang..
Tanpa gangguan sape2 pun..
Cipta sejarah baru dalam hidup..
Aku sayang sangat2 ngn KPTM..
Even KPTM hanya kolej je pun..

Dan aku sangat2 happy dapat jumpe ngn dorg..
I mean.. kina,deqna,dini,ayu,scha,ct,zafiqah n ogy..
Thnx korg.. aku akn rindu korg sampai bile2..
Semoga persahabatan kte sampai bile2..
Sanggup share segala-galanya..
Susah senang kte bersama ok..
Aku sayang korg sangat2, korg the best la !!


GARANG ! ! !

Tuesday, July 27, 2010

kucing?? aucchhh...

" sya ada kucing nama dia hanjing, sya xtahu la dia tu kucing ke hanjing "

haha.. ayat ni pinjam dr blog lect sy!
di sini saya titipkan gambar2 kucing ye kawan2 semua..
ske tgk gambar tp takut dgn kucing!!
camne tu? fikirlah sendiri..


APE kucing?? xnak!! takut!!

itulah saya..
tak tahu la kenapa, kte takut sangat2 ngn kucing.
walaupun kucing tu jauh, tp kte sanggup ikut jalan yang jauh
bagi elak bertembung dengan kucing!
tapi agak musykil la kan..
kiranya macam pelik bin ajaib gak la..
kucing2 semua suka dekat2 dengan kte tw..
heshhhh.. sabar je la kan..



aritu g makan kt IOI..
mak ai, ada la seekor kucing ni
tengok je la kte makan, tp kte dah gabra gile dah
sampaikan xde selera dah nk makan tw..
kureng punya kucing!! miaw2.. miaw2..



ada la ni cte pasal kucing!!..
g makan kt azura aritu ngn dini,kina n dengdang kina la kn..
ada la seekor kucing hitam ni tbe2 je muncul.
kte dah main rapat2 je ngn dini
buat2 xtau je dengan " kewujudan" itu kucing
tengah syok2 berborak ngn dorg
rupanya2 kucing tu dah selamat duduk disebelah saya!
dengan tidak mempunyai rasa malu, kte jerit je sekuat hati. aarrrrggghhhh!!!
terkejut beruk tw kte!! sengal punye kucing..
malu gile r.. dah r ada budak2 kecik time tu..
mke dah gile punye blushing la kn..
xpayah nk ckp la kn..cis!!! malu sungguh..


rupenya kte dah dapat tw kenapa kte takut sgt2 ngn kucing
sebab dlu time ibu mengandungkan saya
ibu pun takut kucing!! haha..
patut la kn.. hehe
xboleh salahkn saya ye..
ehhe..
HARAP MAKLUM LA YE!


P/S : Kalo ada siape nampak kte lari2 dr kucing,jgn gelak tw!!






Thursday, July 8, 2010

Happy coz someone lurve you !!

kalau kamu nk tahu..fikir2 kan la ye..

* sekurang2ny ade 5 org dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda

* sekurang2ny de 15 org dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara

* sebab utama seseorg membenci anda adalahkerana dia ingin menjadi seperti anda

* senyuman drpd anda boleh membawa kebahagiaan kpd seseorg,walaupun dia tidak menyukai anda

* setiap malam ade seseorg mengingati anda sebelum dia tidur

* anda amat bermakna dalam hidup seseorg

* kalau tidak kerana anda,seseorg itu tidak akan hidup bahagia

* anda seorang yg istimewa dan unik

* seseorg yg anda tidak ketahui menyayangi anda

* apabila anda membuat kesilapan yg sgt besar,ada hikmah disebaliknya

* sekirany anda merasa diri anda dipinggirkan,fikirkan semula,mungkin anda yg meminggirkan mereka

* apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yg diingini,mungkin anda tidak akan memperolehinya ttp sekirany anda percaya pd diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya

* kenangilah segala pujian yg anda terima,lupakan segala maki hamun,caci maki

* jangan takut untuk meluahkan perasaan anda. anda akan merasa senang bila seseorg mengetahuiny

sekirany anda mempunyai sahabat baik,ambillah masa untuk memberitahuny yg dialah adalah yg terbaik. hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik,sejam untuk menghargainy,sehari
untuk teman tetap paling setia. walaupun punya harta yg banyak,teman ttp paling berharga...

aku " REDHA "

salam !
sudah lme aku bertahan, berdiam diri dan mengasingkan diri dr mereka
akhirnya aku sedar
mereka lebih bahagia tanpa aku
mereka lebih bergembira tanpa aku
biarlah aku senang mereka bahagia
biarkan aku sendiri
kami bukan mcm dulu lagi
terlampau banyak kenangan aku dengan mereka
tapi mereka??
bersungguh2 melupakan aku
aku jugak akan beransur2 untuk melupakan mereka
kerana aku akan bersama orang baru
biarpun orang itu tidak setanding dgn mereka
aku rela bergembira dengan orang baru

" Ya Allah, izinkan persahabatan yg baru aku jalinkan bersama kekal selamanya"
Amin!!

tapi ingatlah, walaupun mereka tidak perlukan aku lagi
aku tetap aku mendoakan kebahagian mereka bersama
mereka sentiase dihatiku
tidak pernah sedetik,seminit, walaupun sesaat
mereka pudar di ingatan
aku sayang mereka selamanya !!

Thursday, July 1, 2010

sakitnye bila jatuh ???..


betapa sakitnye bila jatuh cinta,, lebih baik jatuh tangga ke jatuh basikal ke dr jatuh cinta,, kerana cinta ramai yg kecundang,, tp ada ape dgn cinta itu,, apa itu cinta,, sampaikan ramai sgt yg terhanyut kerana cinta,, kte masih xmengerti knape senang sgt memberikan cinta pada org yg xsepatutnye,, dah bjuta ke cinta kt Allah,, dah beribu ke cinta kt rasul,, dah bratus ke cinta kt ibu bapa,, kalo blom knape msh ingin memberi cinta kt org yg xsepatutnye,, bkn ke suami yg patut dapatkan cinta 1st class dr kte?,, tp kte faham fitrah manusia. inginkan cinta,, tp jgnlah smpai melakukan perkara yg xspatutnya yg dilarang oleh agama Allah ini,, Wahai kawan2ku, insaflah kamu,, jgn lagi melakukan perkara2 yg terkutuk itu,, ank yg tidak berdosa yg menjadi mangsa!!.. aku benci org yg buang anak!!!.. aku benci!! kucing sendiri pun sayang anaknye,, inikan manusia yg mempunyai akal dan fikiran untuk berfikir yg baik dan buruk sesuatu perkara..

Monday, June 21, 2010

Ayahku Heroku




disaat kebimbangan hadir
Persimpangan wujud
Kegoncangan emosi timbul
Kegigihan ku mulai memudar
Ketabahan ku menipis
Kepercayaan ku dikhianati
Engkau hadir dalam putih hatiku


Kata-katamu lembut menyentuh nuraniku
Parasmu terlintas dalam sejuk fikiranku
Kagumku padamu mengingatkanku
Bahawa "jangan berhenti di sini nak!"
Jalan masih panjang, perjuangan masih belum dimulai

Tidakkah kau ingin nak untuk mencuba
Menggapai sejuta mimpimu
Selagi kesempatan masih ada
Dan kau pun kuat untuk menghadapinya
"Tidakkah engkau ingin untuk mencuba anakku?"
Itu katamu padaku

Dorongan dan motivasimu
Membuatku boleh bertahan dengan segala yang ada
Doamu membuatku selalu kuat menghadapinya
Usahamu
Membuatku berfikir bahawa aku boleh dan mampu untuk melakukannya
Kata-katamu selalu terngiang di telingaku
Membuatku tegar dan tegas dalam menyikapi kehidupanku.
ayah,aku sayang padamu!

Monday, June 7, 2010

A friend who cares ..


Let me be the rock to lean on
Hands to help you walk the path
Remove traces of confusion
You are in my heart.

When the morning sun rises
I will be your humming bird
To eliminate your distress
You are in my mind.

Your sad eyes filled with tears
Let me wipe it with caring stares
And we'll look on the sunset together
You don't need to go further.

When you feel everything is falling
let me raise you with my spirit
When pain resides in your heart
I will kiss it away with love.

When everyone is against you
I will stay and be your shield
Lift you up, be with you
I am your friend.

You are born in my heart
I will not disgrace your trust
Let me warm you with my love
Truly a friend, one who cares.