Wednesday, February 10, 2010

sains dalam bercinta

Bila jatuh cinta, kamu rasa seperti berada di awang – awangan. Semuanya manis – manis belaka. Tapi, tahukah kamu yang jatuh cinta ini sebenarnya merupakan satu tindak balas kimia dan ia bukanlah sekar mainan hati dan perasaan. Kalau kamu nak tahu, otak kamulah yang menjadi pusat perasaan dan emosi kamu, bukannya hati. Bahan kimia dalam otak boleh menerangkan perlakuan kita sebaik sahaja kita jatuh cinta. Bahan kimia ini bergerak ke bahagian – bahagian otak yang berkait dengan emosi dan memori kita. Haaa baca lebih lanjut kalau kamu nak fahami apa sebenarnya yang berlaku pada diri kamu mengikut tahap – tahap tertentu.

“ eee syoknya dekat dia!! ”

Ha perasaan sebigini disebabkan oleh dopamine. Dopamine membuatkan kamu menyukai seseorang. Dalam tempoh beberapa bulan pertama kamu tertarik pada seseorang, satu bahagian otak kamu membebaskan bahan kimia ini. Ia mungkin boleh menyebabkan kamu berjaga sepanjang malam memikirkan perkara – perkara romantik. Dengan dopamine, kamu mula rasa tak berselera. Kamu ponteng makan, rasa lapar tapi kamu tetap gembira dan sedikit gila walaupun perut kosong. Dopamine juga membuatkan kamu rasa bertenaga dan boleh buat apa saja. Ia memang satu bahan kimia yang menakjubkan. Ia membuktikan perkataan seperti “ asyik bercinta ” memang wujud.

“ siang, malam, 24jam asyik teringatkannya ”

Serotonin membuatkan kamu terlalu menggilai si dia. Tahap rendah bahan kimia ini dalam otak merupakan sebab kenapa kamu terlalu memikirkan seseorang itu apabila kamu bercinta. Tahap serotonin yang rendah boleh membuatkan kamu asyik terfikir mengenainya ataupun asyik mengekorinya ke mana-mana sahaja. Pendek kata, gila bayanglah tu! Kamu tidak akan menyedari segala perlakuan ini kerana tahap serotonin yang rendah telah menguasai tindakan kamu. Bila kamu beritahu rakan yang kamu asyik teringatkan dia, sebenarnya itulah tahap rendah serotonin yang menguasai kamu.

“ adakah kami akan kekal selamanya ”

Oksitosin membuatkan kamu berfikir kamu akan kekal dengannya. Sekarang kamu mungkin dah pun berada dalam hubungan sebenar dan semakin cinta kamu berkembang, kamu mula berfikir yang kamu tak dapat nak bayangkan kehidupan tanpa si dia. Kamu semakin terikat dengannya. Ke mana saja dia pergi, kamu pun ada. Masa inilah bahan kimia oksitosin bertindak. Ia merupakan kimia yang dibebaskan oleh otak di mana tahap gila baying kamu semakin berkurang dan kamu mula menjalinkan hubungan yang serius.


No comments: