Saturday, February 20, 2010

sahabatku kalian


Kini tibalah sudah,

Untuk aku mengatur langkah,

Dunia baru yang ditujui,

Semoga memberi 1001 erti.

Dulu kita pernah bersama,

Bersatu mengejar cita-cita,

Tapi kita terpisah jua,

Kerana takdir yang meminta.

Kalian sentiasa dalam ingatan,

Takkan mungkin sesekali dilupakan,

Persahabatan yang terbina,

Diharap kekal ke akhir masa.

Aku bersyukur ya Tuhan,

Kerana telah merestui keinginan,

Inilah titik permulaan,

Untuk aku mencapai kejayaan.

Doa kudusku ini,

Akan sentiasa menemani,

Dengan kehendak Ilahi,

Pasti kita akan bertemu lagi.

Aku tidak tahu apa yang menunggu,

Aku tidak tahu keadaanku di situ,

Satu permintaan dariku,

Doakanlah yang terbaik untuk diriku.

Tidak sabar menanti waktu itu,

Di saat kita semua bertemu,

Namun hakikat yang sebenar,

Kehidupan harus ditempuh dengan sabar.

Teruskan perjuangan,

Teguhkan keazaman,

Tempuhi halangan,

Insya’Allah,

Kejayaan dalam genggaman!

No comments: