Monday, January 11, 2010

warkah buat adm!




Bingkisan buat ADAM...

ADAM...
maafkan aku jika coretan ini membuat engkau tidak senang duduk...
maafkan aku jika kau tak dapat nak terima apa yang ingin aku titipkan untukmu...
maafkan aku jika kau rasa aku berfikiran kolot dan tak up to date...
maafkan aku jika kau terasa ingin buang dan keronyok kertas kaku ini...
maafkan aku jika teguran ku ini mengundang menyampah dihatimu...

terimalah aku seadanya ADAM...
bimbinglah HAWA mu ini kejalan Nya...
HAWA mu ini merindui ketenangan dalam pelukan dan bisikan ayat-ayat cinta yang disulami kata-kata indah pujian Rabb...

ADAM...
Adakah engkau benar-benar ta’rif tentang erti dayus?
Lelaki dayus adalah membiarkan ibu, isteri, adik perempuan, kakak malah saudara perempuannya melakukan maksiat tanpa ada usaha untuk menasihatkan dan membetulkan khilaf dan kejahilan mereka.
Maksiat yang bagaimana? Terlalu banyak maksiat hingga kita tidak sedar.
Bukankah lelaki dayus itu antara 70 dosa-dosa besar?malah ALAH mengharamkan syurga kepada lelaki dayus.
Jika tidak ke syurga, kemana lagi tempat tuju kau ADAM ? Sudah tentu ke neraka bersama syaitanirrajim...
Naudzubillah...

ADAM...
Kau bertanggungjawab keatas HAWA. Bukankah HAWA itu isterimu?ibumu?
Adik perempuan mu?kakak mu?bahkan saudara-saudara perempuan mu?
Sedarkah kau ADAM, tatkala HAWA diperintahkan untuk terjun ke neraka kerana dosa-dosa didunia, mereka berhak menarik 4 ADAM untuk menemani mereka mengazabkan diri dengan maraknya api panas itu?
4 ADAM itu adalah; suami, ayah, adik lelaki, abang dan saudara lelaki nya.
Mahukah kau menerima azab bersama HAWA?

ADAM...
Kau ketua, pemimpin, teman, sahabat, kekasih HAWA sepanjang perjalanan hidup didunia ini.
Pimpinlah HAWA wahai ADAM. Kenali mereka dengan zat Pencipta.
Tunjukkan mereka kasih sayang Rabb atas larangan-larangan Nya yang sudah termaktub dalam Quran dan Sunnah.
Bacakan mereka ayat-ayat indah tentang janji Rahim bahawa HAWA yang menutup aurat dengan sempurna akan diberi kemuliaan kerana dikenali sebagai orang-orang yang baik. Malahan, HAWA yang memberati aurat mereka dengan memakai purdah itu, Dia sendiri yang akan berjumpa dengan HAWA di hari akhirat nanti.

ADAM...
Jangan kau mengajak HAWA berjumpa tanpa ada urusan yang penting. Penting kepada islam, dan akhirat.
Bukan penting kerana tidak tahan menanggung pujukan syaitan.
Jangan juga kau meminta cinta dari HAWA tanpa ikatan NIKAH yang dengan akadnya akan menghalalkan kau berbuat apa sahaja terhadap mereka.
Jangan kau mengajak HAWA membonceng motosikal mu untuk pergi berdating atau shopping. Apatah lagi untuk pergi ke kelas, kuliah atau masjid.
Menuntut ilmu kebaikan yang sangat tinggi.
Kan wahyu pertama diturunkan ketas nabi kita berkaitan dengan kepentingan ilmu.
Jangan kau cemari niat suci dengan noda dan dosa dalam perjalanan menuju nya.
Jangan kau berani kata yang antara kau dan HAWA tak bersentuhan ketika dia menaiki motosikal mu.
Samaada bersentuhan kulit atau baju. Melainkan ada tembok besi diantara kau dan dia.
Jangan kau berani menafikan yang kau tidak ada sedikit rasa ghairah dan ’lain macam’ bila kau berdua-duan diatas motosikal.
Jangan kau menidakkan yang perasaan mu terbuai ketika kau dan HAWA berduaan dalam kereta.
Jangan ADAM...jangan!
ALLAH lebih mengetahui apa di dalam hati hamba-hamba Nya. Kerana Dia yang menjadikan kita. ALLAH melarang sama sekali kau dan HAWA berdua-duaan kerana Dia menjadikan kau dan HAWA bercas positif dan negatif. Dimana bila keduanya ingin mendekati, dia akan terus terlekat dan payah untuk menjarakkannya.
Kerana syaitanirrajim itu sentiasa ada bersama mereka yang berbuat maksiat untuk bersorak riang.

ADAM....
Kasihanilah HAWA...
Jangan kau nodakannya dengan sentuhan-sentuhan dan kata-kata romantismu yang kononnya tanda sayang dan cinta sebelum ada akad yang menghalalkan kau berbuat begitu.
Adakah engkau yakin dengan mencintainya sebelum nikah, dia adalah milikmu yang sah pada masa akan datang?
Tahukah engkau, ada 5 perkara yang ALLAH sembunyikan dari pengetahuan kita ADAM...
Jodoh, maut, rezeki, hari kiamat dan malam lailatul qadar.
Alhamdulillah, jika kekasih mu itu menjadi isteri mu nanti.
Jika dia diciptakan untuk ADAM lain, bagaimana ADAM?
Dimana letaknya kesucian seorang wanita?
ADAM yang benar-benar layak untuknya hanya layak menerima yang 2nd hand.
Kau juga ADAM seperti ADAM itu.
Apa perasaan mu jika isteri mu pernah menyerahkan hati nya untuk ADAM lain sebelum mu. Kecewa bukan bila kau terpaksa berkongsi hati itu bersama ADAM yang lain?

ADAM...
Dia telah berjanji...
ADAM yang baik untuk HAWA yang baik.
Mengapa kau menafikan janji Pencipta kita?Dia tidak pernah memungkiri janji.
Dia melarang kau mencintai dan berkasihan dengan HAWA sebelum ada akad yang menghalalkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk kepadamu dan seluruh hidupmu. Jikalau cinta haram mu itu membuahkan benih-benih yang terlarang, adakah pasti keturunan mu?
Sedangkan dihari perhitungan nanti, kau akan bertanggungjawab keatas keturunanmu.
Jika benih itu adalah seorang HAWA, kau layak berkahwin dengan nya.
Kerana kau tiada hak untuk menjadi wali kepadanya. Bukankah itu satu penghinaan Tuhan?

ADAM...
Tatkala jari-jari ini menari atas keyboard, hati HAWA ku meruntun hiba. Kerana aku lemah...aku perlukan ADAM yang dekat pada Rabb untuk memimpin aku menuju Nya...
Dekatkanlah dirimu pada Pencipta kita ADAM ku...
Supaya aku tidak hilang harapan hidup didunia. Supaya aku tidak menarik engkau menuju siksa neraka, dan kita derita bersama.
Biarlah aku dihias dengan bidadari dan menunggu mu menuju syurga ALLAH...agar kekal bahagia di pengabdian..

-HAWA mu...-

No comments: