Sunday, December 4, 2011

Tinta Adam







Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu
Sesungguhnya aku adalah Hawa
Temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan
Bimbingan daripadamu, sentiasa mahu terpesong dari landasan
Kerana aku buruan syaitan

Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
Kaumku lebih ramai bilangannya daripada kaummu
Pada akhir zaman
Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya
Jika bilangan kaummu mengatasi bilangan kaumku
Nescaya merahlah dunia kerana darah manusia
Kacau bilaulah suasana
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
Sehinggalah pada zaman cucu cicitnya
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
Yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
Tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku
Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yg merunsingkan aku
Tapi, aku risau gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu
Aku sejak dulu lagi sadah tahu bahawa aku
Mesti tunduk ketika menjadi isterimu
Namun, terasa berat pula untukku menyatakan isi perkara itu.

Adam,
Aku tahu bahawa di dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
Kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita
Kau diberi amanah untuk mendidik aku
Kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku
Memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam reda Tuhan kita
Tapi Adam, nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini
Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang telah ditetapkan
Asalnya Allah menghendaki aku tinggal tetap di rumah
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di Bandar-bandar bukan tempatku
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti
Ditutupi dari hujung kaki hingga hujung rambut
Tapi, realitinya kini Hawa telah lebih dari sepatutnya
Adam, mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu
Tapi sekarang pada waktu yang sama
Aku ke muka menguruskan hal Negara
Aku ke hutan memikul senjata
Padahal, kau duduk saja
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba
Kainku tinggi menyingsing peha mengamankan Negara
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
Apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam,
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong
Maka Adam yang patut tanggung?
Kenapa? Mengapa begitu Adam?
Ya ! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar
Adam kau selalu berkata
Hawa memang degil, tak mahu ikut kata
Tidak mudah makan nasihat, kepala batu
Pada hermatku yang daif ini

Adam,
Seharusnya kau Tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku
Sama seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhamad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam,
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua
Jika kau benar, maka benarlah aku
Jika kau lalai, lalailah aku
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu
Akalmu Sembilan, nafsumu Satu
Aku, akalku satu nafsuku beribu
Dari itu Adam, pinpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai
Sering aku tergelincir di tolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya
Bimbinglah daku kalimah syahdu dari tuhanmu agar menerangi hidupku
Tiuplah roh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi
Muahidah kekasih Allah

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan kerenahmu sendiri
Masih segan mengikut langkah para sahabat
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah
Malulah engkau Adam, malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada tuhanmu yang engkau agungkan itu



Kekasihmu, HAWA

No comments: