Sunday, August 9, 2009

Adam, kau mengertilah
Bimbinglah hawa ke jalan yang diredhai Allah
Tapi hawa tahu adam sekarang sudah banyak berubah
Dah tak macam dulu lagi pun
Kenapa adam jadi begini?
Apa salah hawa?
Siapa yang mendorong adam?

Adam kembalilah
Hawa rindukan adam
Tapi adam perlu ingat kasih sayang yang hawa berikan
Tidak setanding cinta hawa terhadap yang esa
Hawa harap adam dapat mengerti
Apa yang hawa maksudkan
Maafkan hawa, adam!

Adam kembalilah
Bimbinglah hawa semula
Tolonglah adam
Hawa tidak mahu dipandang serong oleh kaum hawa dan adam sendiri
Jangan kerana adam
Hawa menjadi musnah
Adam tolong hawa ya
Hawa tahu tanpa hawa
Adam tidak boleh hidup dengan aman
Maka adam bimbinglah hawa supaya
Hawa suci dimata adam

Hawa perlukan adam
Adam perlukan hawa
Itu lumrah duniakan adam
Berubahlah adamku...
Keseronokkan didunia hanyalah sementara
Nantikan di syurga untuk menikmati keindahan abadi bersama...


No comments: