Wednesday, July 9, 2008

Nme sy Nur Awatif bte Hasran. Saya berumur 18 tahun. Saya telah dilahirkan di Hospital Segamat pada tarikh 16 mac 1990. Saya berbangse melayu dan beragama islam. saya merupakan anak jati di segamat,johor. warganegara malaysia. saya juga merupakan anak sulung di antara 4 beradik.nama ayah saya Hasran bin Hashim. berumur 46 tahun. berbangse melayu dan beragama islam. warganegara malaysia. nama ibu saya Azizah bte Aziz. berumur 45 tahun. berbangse melayu dan beragama islam. warganegara malaysia.

saya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan yang berjaya pd mse hdpn. saya sentiase mengharapkan yang saya akan mendapat jurusan perakaunan ini. akhirnya saya di tawarkan pengajian ini di kolej poly-tech mara bangi. hobi merupakan melakukan sesuatu perkara yang mendatangkan kebaikan dan menyihatkan otak serta tubuh badan kita. oleh itu, saya juga mempunyai hobi iaitu membaca novel, membaca buku motivasi dan sebagainya. saya lebih suka membaca kerana dapat menambahkan pelbagia jenis ilmu yang perlu kita ketahui dan pelajari.

seterusnya, saya mendapat pendidikan awal di sekolah rendak kebangsaan canossian convent pada tahun 1997 sehingga 2002. sewaktu drjh 4 sehingga 6 saya dilantik sebagai pegawas pusat sumber. untuk aktiviti kokorikulum menjawat jawatan sebagai setiausaha di dalam kelab sains dan matematik, menjadi ahli jawatankuasa puteri islam dan bendahari bola baling. selepas itu, mendapat tawran ke Kelas Rancangan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Bentara Dalam, Segamat (SMKDBDS) sehingga tingkatan 3. masih bersekolah di SMKDBDS bagi meneruskan pembelajaran sehingga tingkatan 5 di dalam aliran sains tulen. pencapaian tertinggi ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). berhasrat mendapat segulung ijazah kelak. di sekolah saya aktif di dalam badan beruniform. badan uniform yang telah saya masuli ialah KAdet Polis. selain itu juga, saya berkecimpung di dlm persatuan A-Dagang hasil gabungan prinsip perakaunan dan perdagangan.saya juga menyertai persatuan pemimbing rakan sebaya(PRS).permainan pula saya menyertai catur. saya telah menjadi seorang pengawas di sekolah selama 5tahun.

bagi perancangan pengajian pula, pengajian yang telah ditawarkan kepada saya ialah diploma perakaunan. pengajian ini berkaitan dengan pengiraan dan angka.selain itu, ada beberapa panduan untuk mencapai dan merancang cara belajar.antaranya ialah kita seharusnya mencapai tahap tertinggi dlm peperiksaan akhir nanti. kita boleh menstabilkan tahap pembelajaran kita dr awal sehingga akhir.haruslah memastikan setiap kali peperiksaan dijalankan,kita perlulah mencapai keputusan yang ditetapkan oleh pensyarah.perkara yang sangat penting yang harus kita lalukan ialah sentiasa memastikan setipa latihan yang telah diberikan kepda kita selesai.Jika kita tidak memahami apa yang di ajar oleh pensyarah,kita seharusnya terus berjumpa dengan pensyarah untuk meminta penerangan.kita juga boleh meminta bantuan daripada rakan-rakan. perlu ada kumpulan untuk berbincang untuk mendapatkan isi yang terbaik.rakan2 yang dipilih perlulah memiliki nota yang lengkap,mempunyai idea yang kretif untuk memahami sesuau topik dan tidak kedekut ilmu pengetahuan

mengenai kerjaya pula, saya bercita-cita untuk menjadi seorang akauntan bumiputera yang hebat dan mempunyai firma yang berdiri di dalam kelas yang tersendiri yang pesat membangun dengan bantuan pihak mara. perakaunan juga merupakan satu bidang penting pada masa kini dalam era globalisasi ini tetapi masih kurang penglihatan khususnya di kalangan bumiputera.perkembangan pesat sektor ekonomi dan perdagangan negara sejak kebelakangan ini membuka ruang yang cukup luas kepada lulusan di bidang perakaunan.perkembangan teknologi maklumat serta pengkomputeraan sesebuah organisasi di firma2 yang selaras dengan sistem perakaunan. bukan bumiputera telah menguasai kerjaya akauntan ini,malahan mereka telah mempelopori syarikat2 yang besar di negara kita ini walhal jika di analisa kaum bumiputera lebih banyak peratusnya mengikuti pengajian perakaunan ini. berlandaskan realiti tersebut, saya akan melakukan yang terbaik untuk mencapai hasrat kerjaya saya ini. serta ilmu yang di peroleh sewaktu pengajian akan di manfaatkan dan tidak mustahil hasrat ini bakal menjadi suatu kenyataan kelak..

p/s: yaya,ni esey tu kalo pnjg sangat ko pandai2 r k.. thnx yer... syg sgt2 my beloved kazen!!!

No comments: