Sunday, May 11, 2008

penyesalan yang tiada gunanya..

Pernahkah anda berasa kesal sepanjang anda hidup?? Ya, aku merasainya sekarang.. kenapalah aku tidak mahu mendengar cakap ibu dlu,jika tidak mungkin kini aku sedang bersuka ria untuk melanjutkan pelajaran di universiti2..tidak lagi perlu untuk membuat rayuan di setiap permohonanku.. dulu, ibu suruh blaja.. ye aku mengaku aku memang belajar tapi aku lebih bermain msj dr belajar.. tengoklah sekarang apa yang terjadi pdku??

aku mula menyedari kekesalanku bermula pd bulan 6.. sempat ke aku hendak belajar perkara2 yang aku tidak faham apa2?? alhamdulilah, aku memberi focus pd math n akaun walaupun tidak mendapat A1 or A2.. aku bangga apa yang aku capai.. itulah usaha yang telah aku tunjukkan selama ini.. dan aku sangat bodoh dalam BM.. mungkin orang kata senang.. tp aku kata susah.. dengan usaha untuk mendapat sijil di dalam SPM, aku sanggup menghabiskan masa aku dengan belajar BM dr kwn2.. walaupun aku mendapat B4 aku tetap bangga.. itulah usaha ku.. usaha tangga kejayaankan..

aku berjanji mulai hari ini, aku akan belajar bersungguh2 untuk mendapat segulung ijazah.. walaupun kau terpaksa bermula dari bawah.. kerna aku bukanlah pelajar yang cemerlang.. aku cuma sederhana sahaja.. mudah-mudahan janji yang telah aku buat ini mendapat kereadaan Allah SWT.. aku berharap supaya Allah SWT akan memberi sedikit kepintaran,kebijaksaan dan kepandaian-NYA kepada aku.. Aku bermohon..

izinkan aku membetulkan kesilapan besar yang telah aku lalukan ke atas diriku selama ini.. aku ingin menjadi seorang yang pandai.. yang di sanjung oleh orang ramai!! Amin!! jikalau aku terlalu sombong jika aku sudah menjadi pandai nanti.. tegurlah aku..

No comments: