Thursday, July 7, 2011

kepastian


subhanallah. ujian datang dan pergi. silih berganti.
kadang diri lemah, kadang diri bangkit semangat. namun, hanya padaNya segala pengharapan perlu diletakkan.. "hidup ini tiada kepastian, melainkan kematian"... moga Allah ampunkan diri ini yang kadang kala tidak sedar akan hikmah di sebalik ujian.. ujian itu indah..jika semuanya dikembalikan padaNya.. subhanallah.. hati ini pernah mencintaiNya yang teramat sangat suatu ketika dulu, moga hati ini terus berusaha mencintaiNya sepenuh hati.. kadang kita lihat sekeliling bagaikan segala-galanya bagi kita.. namun kita terlupa, semua ini tiada kepastiannya.. tiada ketetapan yang sebenar-benarnya.. kadang apa yang diharapkan tidak menjadi seperti yang diimpikan.. kadang apa yang disukai tidak dapat dimiliki.. kadang apa yang dipinta belum ditunaikan.. moga diri sentiasa melihat di setiap sesuatu itu dengan pandangan mata hati.. melihat semuanya dari Sang Pencipta.. terima kasih ya Allah kerana mengingatkan aku..bahawa hidup ini hanya sementara dan cuma Kau pemilik segalanya.. kembali padaNya..sebaik-baik cara.. moga perjuangan akan diteruskan, diiringi kekuatan dariNya.. :') orang kata, tahun baru mesti ada azam baru. tapi bukankah azam itu perlu dibuat setiap hari? kerana diri itu imannya turun dan naik. keazaman berlandaskan keimanan itulah sebaik-baik azam, disertai niat kerana Allah. KepadaNya jiwa ini kembali..... moga terus diberi kekuatan....

Wednesday, July 6, 2011

Rahsia Solat Di Awal Waktu



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi



Waktu Subuh

Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.




Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?




Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita




Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.




Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wednesday, June 1, 2011

bertunang ??


HAHA. kte pun boleh bantai terkejut dgr ibu cte td

kte dah dtunangkan dgn anak kawan ayh

ibu kta nk mengeratkan silaturrahim katanye

tp macam org dulu2 je kn cte nye

tapi manusia hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya



pinjam gambar ye. gambar time kecik dah xde.

jum, kte cerita dulu bru fhm. bayangkan tau cerita neh nnti tak faham.

HAHAHA

disuatu ketika, di saat lahirnye seorg puteri kedunia

yg dberi nama Nur Awatif bt Hasran

bukti cinta di antara En Hasran & Pn Azizah

telah terjadinya suatu cerita yg bakal merubah kehidupan puterinya

wah, rase mcm ade kt cerita dongeng jap. HAhA


pinjam gambar comel awk ye baby syg !


dah la taknak cerita cmtu, ok neh syires ! tak main main dah lg.

masa kte baru lahir, biasela kn anak first semua org dtg nk tgk

lagi2 sedara mara,kawan rapat kn

sape taknak tgk baby secomel kte neh HAHA

memandangkan Emak mean nenek kte ye korg semua

yang jaga ibu masa dalam hari, so atok ohh dan sedara2 dtg ke rumah Emak

di segamat neh je..

atok ohh dtg dengan pakmat,cikmaton & dua putera – khairul&ridhuan

dtgnye mereka terjadinya sebuah cerita

masa tgh ayah tgh borak2 kt luar dgn pakmat

alih2 khairul hilang, rupanya dia ade di dalam bilik bersama dgn kte

* eyh kecik lagi taktahu ape2 tau

mak dia suruh keluar dia taknak, nk tengok baby ktanye

taktahu la kan mcm mane, pakmat tbe2 keluarkan sebentuk cincin bg kt ayh

‘untuk anak kau’

lepas tu tbe2 si khairul neh amek cincin kt tangan ayh, dia sarungkan kt tgn kte

semua org yg ade tergelak tgk gelagat si khairul neh

siap cium2 lagi budak tu tau. HAHA

last2, pakmat kta

‘cmni la yan, bg mengeratkan silaturahim kte. kte tunangkan atif&khairul’

ayah kta xkesah,ibu pun sama. semua org sukee !!

padahari tu aku dah jd ‘tunang org’ HAHA


banyak jugak la kenangan dgn si khairul neh

tp paling xboleh lupa, masa arwah atok meninggal kt jb

mase tu aku bru je drjh 3, taktahu ape2 lagi buat bising je la kn keja kte

lagi2 berjumpe dgn YAYA,AKAK,ALEL

lagi gamat la suasana walaupun org tgh sedih2 kan

teruknye ktrg time tu. menyesal sgt2.

tibe2, khairul dtg ! ajak ktrg semua sedekahkan Al-Fatihah kat atok

so, ktrg baca la ramai2 kt buai paklong tuu

pastu cikmatun dtg dgn anak2 nye yg lain, khairul neh ade 4org adek beradik

tapi semua hero!! HEHE

cikmaton pun join kteorg kt luar smbil tunggu org bwt kenduri arwah

lepas je majlis selesai, ktrg dijemput mkn

abg,nd,kte,akk,alel,yaya,acap,khairul,wan,sufian

masa mkn tuu, khairul neh asyk la pandang2 senyum2 segala

kte neh taktahu pape pun mase tu, kecik lagi la katakan

* hah, kecik ke??

lepas usai majlis, semua sedara lepak2 jap dlm umh hilangkan penat

tup2, keluar cerita dongeng di atas.

Allah sahaja yg tahu perasaan kte cmne, rupanya khairul dh tau

yg peliknye dia senyum je, sukee kot.

tp kte je la eeeiii, ape neh !!

gosipp terhangat telah melanda pada masa itu


seingat kte masa drjh 6 ke form 1 tak ingt sgt la bile

cikaya&ayah ajak raya kt umh pakmat

yeye, semua org suka. dan buat muka happy gile kt kte

jahat sungguh kazen2 kte neh

cari punye cari rumah pkmat akhirnye jumpe,mutiara rini

sampai je rumah, kte terus melulu cr toilet

pakmat kta masuk je bilik dia,master room tuu

kte pun msk la nk lepaskan hajat yg lame tersimpan.

kte bukak je pintu toilet, gila terkejut kte tgk khairul ade dlm bilik

dia duk dlm gelap2 ats katil, masa kte masuk td xnmpak ape2 pulak

tp taktahulah kn sebenarnye dia dh lame dah ade ats katil,kte je yg xperasaan

hesh, tah la. dia tgk mke cuak kte, dia terus tinggalkan bilik

merah padam mke kte takut time tuu.

time nk balik dorg buat drama lagi, kali neh ayh yg mulakan pulak

‘mat. jd ke rancangan kte dulu tuu’

‘kalau aku yan, aku setuju la sgt tgk budak2 tu pun dah besar’

* eyh,kte bru form 1 la time tuu.. ape laa..

‘kte tnye dorg la. sbb dorg yg tuan bdn, kang kte jodoh2kan last2 masing2 dah ade pilihan hati. kecewa kte nnti sbb mengharap sgt’

Khairul : along xkesah, pilihan ayah yg terbaik untuk along, tapi taktahu la atif nk kt along ke x ?

Ya Allah, ayat tuu masih terngiang2 kt telinga kte neh hah.

tapi Allah lebih mengetahui segalanya,

jodoh, ajal & maut di tangan-Nya

Allah lebih sayangkan Khairul

maka Allah mengambilnya sewaktu umurnya baru 18/19. muda lagikan waktu tuu

kte menerima berita tuu mase balik dr sekolah, syires sgt terkejut

baru tuu la kte tahu sebenarnye kte skee dye!

tp dah terlambat kn, hanya Al-Fatihah disedekah jika teringatkan dye!

ye dye masih segar diingatan kte

tapi kte masih takboleh bayangkan jika arwah masih hidup

adakah kami tetap disatukan ?

hanya Allah sahaja yg ade jawapan ats pertanyaanku itu.

semoga rohnye ditempatkan dikalangan para muslim yg dredhai Allah

insya’allah amin !


AL-FATIHAH BUAT MUHD KHAIRUL

Friday, May 27, 2011



holla to reader, today i would like to story something about married.
Person who I meet always told me a marvelos question.
when u want to married. bila nk kawen, ble nk kenduri jgn lupa ajak tau.
argghh, macam2 ragam la ade. Ohh god!, what the question is that.
eventhought the question quiet difference but the meaning its same, right??

kte dah penat nk layan soalan tu sume
kte bru abis stdy, diploma je kot baru. degree pun xamek lg
mane boleh kawen, byk lg tanggungjawab yg ade

yes, of course semua org nak kawen.
tunggu lambat dan cepat je jodoh dtg. kn2
so, takdir Allah dah tetapkan. just follow up je kn

haha.. nampak mcm syires je kn kte bebel tu
bukan ape, org2 neh pantang nampak org dah besar sket je
suh kawen la. ehh, calon pun takde lg maa.
cmne nk kawen! hehe

insya'allah, kalau dah sampai seru nk kawen.
kte kawen la, tp bukan skrg.
nak blaja dlu, nk keja lagi n nk honda kte tu dluu..
tapi ibu kta, pmpn kalau guna kereta besar2 laki takut nk dekat?
yeke?? then, terpaksa la tngu bli honda kte tu after kawen.


ni la kereta honda kte tu !


stop2, jgn berangan lebih. nnti jd air !.
berbalik pada cerita di atas, kawen bukan suatu perkara yg mudah
byk sgt tanggungjawab yg perlu dipikul nnti. kte xlayak lg kot
byk benda yg kte xtau lg.
so, pada sape yg xsabar nk tngu kte kawen tu, dharapkan bersabar ye
expecially to ibu, sabar ye nk cucu pun . hehe


Thursday, May 26, 2011

behalf as women !

Assalamualaikum, Hye semua !. dah lame tak update blog kte neh
Rase rindu sangat2 nk membebel dlm blog ni.



Lets go to the story of the frog of betong meet their prince.
sudah2, atip hentikan cerita tu.
Entah la sampai skrg kot, masih teringat lg cerita disebalik statement yg kt atas tu
xsangka kenapa dia buat macam tu, even, jumpa kazen dia dlu tu pun
as pmpn kte xde pun perangai cm dia. tbe2 jumpa kzn org bwt pulak perangai tah pape
bengang tol kte, kalau dia tu happy go lucky ke, mcm mulut murai tu ke
kte xkesah sgt tau. ni ngn kte bkn main lg. nk dgr suara pun mcm ade mas dlm mulut
tp bila ngn kzn kte tu. amboi! bergedik2 sakan ye.

hey,watch out girl. awak tu pmpn. dgr cerita dah ade bf pun.
takkan sanggup bwt bf cmtu, buruknye perangai kamu pmpn
hey, lelaki kalau nk kte dia pandai cr rumah la. xpayah kte nk tergedik2 dtg kt dia
ajak g sini, g sana. pmpn jenis ape kamu ni hah??


yes, of course la kte marah!. kte xske pmpn perangai cmtu
nampak mcm pmpn murah je, hhey, mahal sket la ngn laki
kte bukan nk ckp kte neh baik ke ape
tapi dgn laki neh jangan bg muka sgt.

tapi nasib baik la ade yaya nasihatkan kte, give credit to yaya
" hm biase kot tip tu. kte je yg xtau. even yg g surau slalu pun hanyut sbb pmpn, apatah lg yg lain. lg la lemah dgn pmpn. laki kalau pmpn dah offer xkn nk reject? unless lelaki yg tkt pd allah.

sejuk sket dgr ceramah cik yaya kte tu, boleh la redakan sket marah kte neh
tp syires kte ckp, hilang respect kte kt dorg!
tuu je yg mampu kte katakan sekarang !!

to all girl out there, behalf yourself.
jgn murah sangat dgn lelaki neh, bru knl 2 3 hari dah berani ajak jumpe.
jangan jatuhkan martabat korg as pmpn.
kte just nasihat kn je, kalau korg nk terima. alhamdulilah. kte sukee.
kalau tak, tuu hak korg ye.


Friday, April 22, 2011



kadang2 rasa diri diperlukan ble susah je
bila org nk mnx tolong pandai pulak cari
bila nk happy lupakan je kita ni
memang dah ni kot ditakdirkan oleh Allah
ye kita mesti terima

arrgghh, Soulder Please !
xsuke tau !






Wednesday, April 20, 2011

Pada zaman dahulu, terdapat sebuah pulau yang menempatkan semua perasaan. Gembira, Sedih,Pengetahuan dan sebagainya termasuklah Cinta. Pada suatu hari, satu pengumuman yang menyatakan bahawa pulau tersebut akan tenggelam telah dibuat. Oleh itu, semua perasaan yang tinggal di pulau tersebut menyediakan bot masing-masing untuk menyelamatkan diri mereka dan tinggallah Cinta sendirian. Namun, ketika hampir tenggelam, Cinta mengambil keputusan untuk meminta bantuan. Apabila ternampak Kekayaan, Cinta pun meminta tolong daripadanya.

Cinta : Kekayaan, boleh bawa saya bersama ?

Kekayaan : Maaf, tak boleh. Terlalu banyak sangat emas di dalam bot saya. Tiada ruang lagi untuk awak la Cinta

Cinta : Sedih oh Sedih ! Benarkan saya prgi bersama awak

Sedih : Oh Cinta, saya terpaksa pergi sendirian !. =)

Lalu, Sedih pun meninggalkan Cinta. Kemudian Cinta terlihat pula Gembira lalu dia pun meminta pertolongan daripada Gembira lalu dia pun tanpa berlengah lagi meminta pertolongan daripada Gembira. Tapi disebabkan terlalu happy, Gembira tidak mendengar Cinta memanggilnya. Ketika Cinta sudah berputus asa untuk meminta bantuan, dia terdengar satu suara " mari, Cinta. Biar saya bawa kamu bersama saya ". Lalu Cinta pun pergi bersama - sama tuan punya suara itu. " Orang " yang telah menyelamatkan Cinta itu lebih tua daripadanya.

Disebabkan terlalu happy, Cinta terlupa untuk bertanyakan nama " Orang " tersebut. Apabila tiba di sebuah pulau lain, " Orang " tersebut meninggalkan Cinta di situ lalu meneruskan perjalanannya.

Kemudian Cinta bertanya Pengetahuan yang kebetulan berada di situ akan nama " Orang " yang telah menyelamatkannya.
" Namanya ialah Masa ". jawab Pengetahuan
" Tapi kenapa Masa membantu Cinta ". jawab Cinta
" Kerana hanya Masa yang mampu menghargai betapa berharganya Cinta " kata Pengetahuan.


" Ohh begitu rupanya "


Saturday, April 16, 2011


version garang !


kami tak la sehebat mane
tapi tak jugak la semantap mane
tp kami tetap akan bersame.
ily much2 more to korg


choi !
geram ! geram ! geram !
garang !
agaklah !
keep rocking !
nampak permainan dye tu !
attendent ! attendent ! attendent !


version muslimah !

walaupun muslimah tapi gelak semua org tak boleh tahan
kt mane2 je g
org akan pandang !
kteorg budak bising
selalu kne marah dgn bdk bilik ats
ske sgt snap2 gambar !
kt toilet pun jd
tmpt ramai2 org pun xkesah
yg penting boleh bergambar
hebat kn kami !

kau ade ?

Wednesday, April 13, 2011


Naughty kiss time !

"dah ckp jgn beli tapi kau degil"
"kan dah gile balik"
haha.. ni la ayt first yang my kazen ckp kt aku
now, i will be crazy again and again.
I lurve KOREAN
sarangheo!!

Tuesday, December 28, 2010

seratus satu fakta

Buhsan2 ni, ape kata aku bg 101 benda yg berkaitan ngn diri aku. Ni pasal terjebak ngn blog intan la ni. HAHA. Dah2 jgn byk ckp jom bce..

  • 1. Aku ni anak sulung tau, tp ramai pulak yg ckp aku ank last. Xfhm btl la
  • 2. Aku xreti melintas. Wat malu je kn. Tp syires aku xreti. Mesti kne ade org pegang kalo x sampai esk la aku kt seberang jalan tu. Haha
  • 3. Aku minat gle math
  • 4. Ade hajat ! secret deh. Aku ngn yaya je tau..
  • 5. Xreti bwk motor. tp mase kt bangi pernah dicabar bwk moto. Aku berjaya !
  • 6. Tak tahan pedas. Berapi telinga aku. Ade org ckp aku mulut baby.. haha
  • 7. Kwn2 panggil aku ATIP. Tp name aku AWATIF. Ske2 korg je kn tkr name aku. Tp xpe dah lali dah ngn ATIP tu.
  • 8. Aku takut + geli dgn kucing. Tapi mencari 'seseorg' yg suka kucing. Supaya kalau kucing datang dekat aku. Dia boleh menjadi 'superKUCING'.
  • 9. Nk g korea. Xkira nk g jugak
  • 10. Aku minat gle ngn cte korea. Lg2 cte BOYS OVER FLOWER, HE’S BEAUTIFUL n others la..
  • 11. Ske lee min ho
  • 12. Ske jang geun sok. Nk tau g la search.
  • 13. Kwn2 kta aku manja,lembut, tp dah kenal ‘ganas la ko ni tip’. Aik lain pulak bunyinye.
  • 14. Payah nk rapat ngn org bru kenal. Tp bila dah kenal korg pulak yg menyesal xkwn ngn aku. Haha terlebih sudah!
  • 15. Aku tiap2 hari msj ngn yaya.
  • 16. Aku dgn rasminya berkata ‘katakan TIDAK PADA COUPLE’. 'Syires talking'.
  • 17. Aku xreti ckp TAK, TIDAK, TAK BOLEH , NO. arghh
  • 18. Org ske pijak kepala aku. Mentang2 la aku ni lembut. Cewah!
  • 19. Panas baran tp cepat sejuk
  • 20. Cepat salah sangka
  • 21. Cepat merajuk. Tp prince charming xpujuk2 jugak.. sedih! Haha
  • 22. Sensitip awatip gitu.
  • 23. aku sayang keluarga aku lebih dr diri aku
  • 24. aku ske kaler PURPLE tp kenapa brg aku byk kaler PINK ??
  • 25. muka cpt blushing kalo kne ejek. Malu tau. Ye kawan2.
  • 26. Jangan sesekali bwt aku terluka,ia akan terluka selamanya. WARNING !
  • 27. Aku xmatang
  • 28. Trademark aku GARANG !! tp garang ke??
  • 29. Kne ade batal peluk bru boleh tido. Xpun pape je la yg boleh dipeluk. Hee
  • 30. Say yes to camera DSLR Nikon !
  • 31. Saya sangat-sangat Setia !
  • 32. love blogging
  • 33. Xske kuku panjang
  • 34. Xske mengungkit,penipu,dan sewaktu dgnnye.
  • 35. Jam paling mahal aku bli RM270.. haha.. elle!!
  • 36. Ske gelak kuat2 sampai kne tego.
  • 37. Suara sy perlahan so korg kne dgr betul2 ye. Kang ckp kuat2 nyaring pulak tu
  • 38. Ske sgt makan ayam! Nyum2..
  • 39. Ske berangan dpn cermin, sambil menari2.. mari menari bersama.. yeah!!
  • 40. Nk sgt jd cm IRMA HASMIE.. Penghijrahan yg baik
  • 41. Nk abg nk akk tp cukup la ade 3org adik yg mental disorder.. hehe. Gle la adk2 sy ni.
  • 42. Terlalu obsess ngn budak gumuk sbb dorg nmpk comel ble jalan. Terkedek2 gitu
  • 43. Xreti makeup! Please la wey.
  • 44. Syg gle kt bdk2 agen 014 & 016
  • 45. Nk blaja tinggi2 dpt duit byk2 sbb nk bahagia kn ibu n ayh
  • 46. Xske bende2 lembik!
  • 47. Mengemas+memasak dh A1++ dah.
  • 48. Nk keta Honda accord! Xkira nk jugak..
  • 49. Ibu kata aku anak ayah. Tp yeke??
  • 50. Aku hanya tunggu si dia. Tp mane si dia ?
  • 51. Love novel, buku Islamic
  • 52. Ske myakat adk2, n kawan2 aku.
  • 53. Orang kata sy nakal?
  • 54. Sangat sangat la pemalu !
  • 55. Pyh gle nk bgn pg kalau radio xbunyi sampai mlm semula kot xsdr, haha. Tipu je lebih.
  • 56. Kalau ajr org gerenti bg org tu fhm btl2 kalo x rase bersalah sgt2.
  • 57. Sy cikgu accnt diantara kwn2 sy
  • 58. Dlu sy bengong tp sekarang dah xla bengong sgt
  • 59. Xske msk tp bwt kek pakar. Lg2 kek cklt n kek batik. Nyum2..
  • 60. Sentiase mencari tujuan kehidupan
  • 61. Kalau buhsan selalu bwt that’s tgk tb, tdo, mkn. Sbb tu gumuk. Hehe
  • 62. Xske org tikam belakang. Sakit tau hati ni.
  • 63. Xkan tego org sampai org tego sy
  • 64. Ego yg sangat tinggi la sng cter.
  • 65. Sgt tak suka kpd pengotor, peyepah, pemalas n pepe ape lg ek.
  • 66. Xminum susu
  • 67. Sy allergic seafood tp bantai je kalo dah nak then terima la akibat beruknya selepas itu.
  • 68. Ske air tebu, air kelapa n milo ais!
  • 69. Mskn ibu sy xde yg bleh lwn even chef wan
  • 70. Filem hindi paling ske hum saath saath hain. Tangkap leleh aku tgk cter tu tau.
  • 71. Cpt gelabah
  • 72. Pyh nk ckp direct or terus terang.
  • 73. Walaupun sakit tetap ckp ok.
  • 74. Ske sgt rase bersalah even bukan salah aku pun.
  • 75. Ske pakai bedak sampai penuh satu badan. Sampaikan kne tegor ngn kwn aku. Haha
  • 76. Xbleh kurang tdo, nnti mesti pening. Kalo overnight pun kejap je dah hilang dilamun mimpi. Hehe
  • 77. Korg dpt nilai aku ble korg dah jd kwn aku ye kn. ?
  • 78. Ramai org kata aku bru f5. Awet muda sungguh.
  • 79. Kalo dah balik umh gerenti terperap je la kat umh. Nk kuar mesti tahap baban punye malas.
  • 80. Prinsip aku jgn kata orang kalau kte sendiri tak betul.
  • 81. Ade org kata aku sombong ? aku peramah tau kalo korg dah knl betul2.
  • 82. Kwn aku selalu ckp ‘ atip bdk kecik lg xbleh tahu bende2 ni lg ’ . xbaik tau aku pun nk tau jugak.
  • 83. Seorg yg buruk mata. Tgh stdy pun leh pk pasal tdo. Haha
  • 84. Sgt xpuas hati ble xdpt jwpn
  • 85. Aku tak ske org sibuk pasal aku. Ni xbleh itu xbleh dia pk dia bgs sgt ke ?
  • 86. Sangat sangat emo, senang cte cepat tersentuh la. L
  • 87. Nk jumpe mia sara nasuha @ amani.
  • 88. Mandi paling cepat 15min. kalo xketuk pintu gerenti pyh btl nk kuar.
  • 89. Pernah dijdhkan dgn ank kwn ayh. Tp xde jdh. Dia dah meninggal dunia. Xcident mtr!. Jumpe dia kt syurga je nnti . amin!!
  • 90. Ibu bilang ‘ belajar sampai degree je,jgn lewat2 sgt, xingt nk kawen ke?? ’
  • 91. Kepala kte sedikit biol. Kwn2 aku ckp aku ketua biol
  • 92. Takut mandi laut tp ske sangat2 kt pantai.
  • 93. Teringin nak candle light dinner dgn yg 'berhak' sahaja.
  • 94. Love coklat ! yummy..
  • 95. Katakan tidak pada rokok, perokok dan seangkatan dgnnya.
  • 96. Xske bola.
  • 97. Deqna cuba jgn ajr Atip bende yg xelok’. Haha. Sian deqna, dia xajr aku pun aku je yg selalu ajr dia. Choot!..
  • 98. Xbleh dgn habuk. Jap je muka dah gatal, selsema, batuk, sakit tekak!
  • 99. Nk blaja bhsa korea n mandarin..
  • 100.ske mawar sbb dia mencabar.
  • 101.Xske angkat fon ble nmbr tu xknl. Maafla ye. Hehe

Dah la ye itu je yg termampu bwt untuk mse ni. Bace la. Kalau spe2 bce plez leave ur comment k. leh la kte memperbaiki diri mane2 yg kurang tu. Thnx!.. tamat sudah sy membebel dlm blog sy ni.

Monday, December 20, 2010

sanggup kan ?

ye korang!
dlu bukan main baik lg ngn aku
tp skrg dah xde dah
aku mscll xde respond, aku msg xreply
hesh!
dah jumpe kwn baru lpe kt aku kn..
xde gne kte bwt name dlu sme2
dah xde gunanye lg kn kt ko
aku ni mcm tempat kau meluahkan masalah aje
knpe xcari kwn2 yg baik2 tu

SYIRES, TERKILAN DOH AKU NGN KAU !

Friday, December 17, 2010

Mari Mari Aku Khabarkan Tentang Chenta

Aku khabarkan tentang cinta kepada kalian dan juga untuk tatapan diriku. Cinta yang memang tidak pernah putus-putus. Lantas kebahagian, cinta diraih lalu impian disulam bersemadi. Tidak akan terputus dari susunan kata yang terungkap indah lalu diikat rapi dengan terbuktinya melalui perlakuan sang pencinta itu sendiri.

Keunikan Chenta.

Dengan cinta, suka boleh menjadi duka. Cinta juga, cuka boleh menjadi madu yang manis. Dengan cinta, impian bersama cuba digapai. Keburukan ternyata dilihat menjadi amat menawan. Segala yang terungkap pada setiap kata-kata yang manis. Lalu kita membicarakan tentang cinta. Di sini, didefinisikan makna cinta dan dikatakan setiap helaian kamus anda akan menjumpai makna disebaliknya. Setiap jarak dari jasadmu kau akan jumpa pengertiannya. Bila kita berbicara tentang cinta seolah-olah kita arif bagai kita yang mencipta segala cinta yang tercipta.Diungkapkan madah-madah cinta seperti kita sang pujangga yang hebat?

Apakah cinta itu pada hubungan Adam dan Hawa dan kisah-kisah manusia lantas hangat dibicarakan dengan dengan penuh kasih kononnya disaluti bait-bait ilmunya. Aku tidak mampu menjelaskan apa itu cinta tapi aku cuba fahami melalui jelas sifatnya cinta itu sendiri. Analogi cinta sebagaimana Iman, tersembunyi dalam hati terbuktinya pada setiap tindakan dan kata. Pada setiap langkah yang dipacakkan dan nafas yang dihembus. Iman yang dipahatkan bersulamkan takwa dan hati seorang hamba.

Cinta Dipahat pada Jalur Pengorbanan.

Sifatnya terukir pada sebuah pengorbanan. Pengorbanan yang dilihat tidak ada jelas bezanya untuk sesiapa pun. Jadi cinta itu sebuah pengorbanan lalu Juliet dan Romeo terkorban.Majnun menjadi tidak waras dan gila kerana Laila. Cinta si ibu kepada anaknya tidak terhingga untuk membesarkan anaknya dan seorang ayah sanggup berhujan berpanas memberi kehidupan yang selesa kepada sebuah keluarga.

Pada cinta itu wujudnya sebuah kenikmatan yang agung. Kenikmatan Yusuf a.s. memilih kehidupan di penjara kerana dilihatnya nikmat sebenar di sana. Dan kerana cinta Rasul diutuskan dan diwahyukan setiap kata-katanya daripadanya diambil untuk panduan dan bekalan kita semua. Oleh sebab nikmat jugalah pejuang teragung Muhammad s.a.w. tidak pernah berhenti berjuang.

Bicarakan tentang Cinta.

Maka ada bezanya antara cinta sang jejaka dan Syed Qutb. Aku cuba jelaskan bezanya di sini.Apabila kau baca lihat makna cinta, lantas kau lontarkan hanya ada kepada seorang manusia. Dan aku jarang mendengar tentang cinta teragung yang pernah dunia dan isinya melihatnya .Cinta yang dahsyat dipamerkan sebagai bukit kecintaan hakiki kepada Penciptanya yang Agung.

Aku punya pendapat dan pandangan sendiri. Bagiku cinta itu bezanya pada dasarnya. Pada apa yang kita cuba usaha untuk pegangi. Sebagai contoh Cinta Romeo dan Juliet dipegang pada dasar manusiawi. Maka matinya Romeo, matilah Juliet. Begitu juga cinta Majnun dan Laila, ditolaknya Laila cinta si Majnun, gilalah Majnun.

Dilihat pada situasi yang lain di mana cinta itu dihamparkan. Pada segenap keindahan noktah Penciptanya. Pada Dia Pemilik dan Pencipta cinta. Pada Dia yang menganugerahkan setiap rasa dan pada naluri. Maka Syed Qutb berdiri berani berhadapan ke tali gantung kepada Tuhannya. Dan kerana cinta itu pada kuncinya adalah satu, hanya kepada Allah. Yang tidak terjangkau oleh masa. Dia ingin berikan hadiah yang paling terbaik kepada Kekasihnya. Hatta, nyawa, jasad, hartanya, kekuatannya dan segala apa yang dimiliki olehnya adalah pinjaman daripada Pencipta. Kekasihnya yang hakiki dan cinta abadi. Letakkan cinta pada tempat yang seadil-adilnya.

Kembali aku kepada nilai kehidupan yang kujalani, lantas aku bertanya adakah semuanya kulakukan bagai seperti apa aku katakan? Adakah selama ini benar kuletakkan cinta yang agung pada Tuhanku dan Nabiku?

Aku juga tidak membantah apatah lagi menentang kecintaan kalian pada manusia kerana aku juga punya cinta itu pada hatiku. Akan tetapi aku mahu aku dan kalian juga meletakkan cinta pada tempat yang benar dan hak. Itulah yang selayaknya kerana aku tahu cinta yang wujud dalam diri adalah daripada cinta Penciptanya jua. Cinta yang kekal selama-lamanya adalah cinta dari Dia. Dia Maha Penyayang dan lagi Maha Mengasihani.

- Artikel iluvislam.com